Skuad B-19 Tewas Kepada Vietnam

Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) tewas 1-2 dalam Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien B-19 ke-4 2022 berdepan Vietnam, sebentar tadi.

skuad Harimau Malaya B-19 yang dibarisi sebahagian besar pemain baharu berbanding ketika Kejuaraan B-19 AFF terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila berada di depan seawal minit kelima menerusi jaringan menarik Nazrin Nasir.

Tersentak dengan jaringan itu, Vietnam menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-28 menerusi penyudah Nguyen Duc Anh.

Ketika perlawanan seakan bakal berakhir dengan keputusan seri, malang menimpa skuad negara apabila Vietnam mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan dan peluang itu disempurnakan Khuat Van Khang.

Malaysia pula menghuni tangga ketiga dengan satu mata, sementara Myanmar yang tewas dua kali di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Menggunakan format liga sepusingan, dua pasukan teratas akan bertemu di final, manakala dua pasukan berikutnya bakal beraksi untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada 11 Ogos ini.

Kejohanan Youth International U-19 Football Tournament 2022 turut disertai oleh Vietnam, Thailand dan juga Myanmar.

Skuad Harimau Muda akan mengakhiri saingan pada 9 Ogos menentang Myanmar.

Carta Kedudukan International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?