Skuad B-19 Raih Kemenangan

2 gol Aliff Izwan dan 1 gol Adam Farhan memastikan skuad #HarimauMalaya B-19 meraih kemenangan pertama di kelayakan Piala Asia B-20 2023.

Mereka berjaya menewaskan Sri Lanka 🇱🇰 dengan keputusan 3-0 sebentar tadi. Selepas ini mereka akan menentang Korea Selatan di perlawanan terakhir kumpulan E. #AFCU20 #KamiTeamMalaysia

SRI LANKA 🇱🇰 0-3 🇲🇾 MALAYSIA

⚽️ Aliff Izwan Yuslan 30′ 90’+5 Adam Farhan Faizal 70′

Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara kembali menghidupkan peluang untuk mengintai slot ke Piala Asia B-20 di Uzbekistan tahun depan apabila berjaya menewaskan Sri Lanka 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 di Stadium MFF, Ulaanbaatar di Mongolia, hari ini.

Kemenangan itu adalah yang pertama selepas seri 1-1 dengan Mongolia dalam aksi sulung yang di venue sama Rabu lalu.

Hasil keputusan itu, skuad kendalian Hassan Sazali Waras kini mengumpul empat mata untuk berada di tangga kedua di belakang Korea Selatan yang menghimpun enam mata selepas dua aksi.

Lantas, aksi terakhir kumpulan berdepan gergasi Asia itu pada Ahad ini wajib diakhiri dengan kemenangan bagi membolehkan skuad negara menempah tiket selaku juara kumpulan.

Namun jika seri, skuad negara terpaksa bergantung kepada nasib dengan mengharapkan muncul sebagai lima naib juara terbaik daripada 10 kumpulan di pusingan kelayakan itu. Sumber : HM

Carta Kedudukan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-20 2023

Kredit Foto: @theafcdotcom

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?