Skuad B-19 Negara Catat Kemenangan Ke Atas Myammar

Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam Kejohanan Bolasepak Thanh Nien Antarabangsa B-19 apabila membenam Myanmar 2-0 di Stadium Binh Duong di Vietnam, hari ini.

International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 | Selasa, 9 Ogos 2022

MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇲🇲 MYANMAR

⚽️ Nazrin Nasir 5′ Ahmad Rozaini Abu Bakar 87′

Gol pertama negara disumbangkan Nazrin Nasir di minit kelima untuk mengejutkan lawan di awal permainan.

Skuad negara yang seri 0-0 dalam aksi pertama dengan Thailand sebelum tewas 1-2 kepada Vietnam menambah gol kedua di minit 87 hasil jaringan Ahmad Rozaini Abu Bakar.

Begitupun nasib skuad negara untuk melangkah ke final bergantung kepada keputusan antara Vietnam dan Thailand yang akan beraksi pada 8 malam ini.

Sekiranya Thailand tewas, skuad kendalian Hassan Sazali Waras akan mara ke final, Khamis ini.

Namun jika skuad Gajah Perang itu menang atau seri, peluang skuad negara akan tertutup.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?