Skuad (B-16) Terpaksa Melepaskan Trofi Kejuaraan AFF B-16

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara terpaksa melepaskan trofi Kejuaraan AFF B-16 apabila gagal melepasi peringkat kumpulan selepas sekadar seri 2-2 dengan Australia, hari ini.

Australia ranap impian Malaysia

Impian skuad bawah 16 tahun (B-16) negara untuk ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFF terkubur selepas terikat 2-2 dengan Australia di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Osmera Omaro menamatkan saingan Kumpulan C di kedudukan kedua dengan mengumpul lima mata.

Slot ke separuh akhir menjadi milik Myanmar yang muncul juara Kumpulan C selepas berjaya mengalahkan Kemboja 1-0 dalam perlawanan yang turut berlangsung, hari ini.

Australia yang sudah tersingkir dari kejohanan terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Ayman Gulasi ketika perlawanan memasuki minit ke-17.

Anak buah Osmera bagaimanapun berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyudah Anjasmirza Saharudin pada minit ke-36.

Tiga minit selepas bersambung babak kedua, giliran Malaysia pula berada di depan apabila Anjasmirza sekali lagi meledak gol buat skuad negara.

Namun, Max Hately memadam kelebihan itu apabila menyamakan kedudukan buat Australia pada minit ke-65, sekali gus menjadi gol yang meranapkan impian anak buah Osmera untuk ke separuh akhir.

Satu slot separuh akhir bagi naib juara terbaik kumpulan menjadi milik Vietnam yang mengumpul enam mata dan muncul naib juara Kumpulan A.

Bagi aksi separuh akhir, Myanmar akan berdepan juara Kumpulan A, Indonesia manakala Vietnam menentang juara Kumpulan B, Thailand dengan kedua-dua aksi dijadual berlangsung, Rabu ini. Sumber : Berita Harian

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?