Skuad B-15 Kebangsaan Kendalian P Maniam Selamat Kembali Ke Tanah Air

Selamat Pulang Wira-Wira Muda Negara

Skuad B-15 kebangsaan kendalian P Maniam selamat kembali ke tanah air, malam tadi selepas muncul juara Kejuaraan B-15 AFF 2019 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand 2-1 pada aksi final di Chonburi pada Jumaat.

Ketibaan mereka di KLIA, Sepang telah disambut oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam; Ketua Cawangan Sukan Berpasukan, Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Shukri Harun dan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainal Abas serta ahli keluarga para pemain.

Selain trofi Kejuaraan B-15 AFF 2019, skuad B-15 kebangsaan turut membawa pulang trofi kejuaraan CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019 selepas mereka mengungguli kejohanan jemputan empat negara itu yang telah berlangsung dari 18 hingga 22 Julai lalu.

Simbolik penyerahan trofi kejuaraan tersebut telah dilakukan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ S Sivasundaram selaku pengurus pasukan dan juga Maniam kepada Dato’ Sri Subahan.

Skuad B-15 kebangsaan telah berada di perantauan selama 26 hari iaitu sejak mereka berlepas ke China pada 16 Julai lalu dan dari sana terus terbang pula ke Thailand untuk Kejuaraan B-15 AFF 2019 bermula 28 Julai sebelum kembali ke tanah air, malam tadi.

#FAM #HarimauMalaya #AFFU15

Sumber : FAM

Tahniah!! Malaysia Juara B-15 AFF Di Thailand

Facebook Comments