Emas kedua buat Malaysia 🇲🇾.
Skuad angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas kedua kepada Malaysia, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.
Muhamad Aznil Bidin memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional (NEC) apabila melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285 kilogram (kg) dalam kategori 61kg lelaki, sekali gus mencatat rekod baharu temasya.
Badang kelahiran Kedah itu, melakukan angkatan snatch 127kg dan 158kg bagi clean & jerk.
Kejayaan tersebut juga sekali gus membuktikan kehebatan atlet berusia 28 tahun itu, yang berjaya mempertahankan gelarannya yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.
Malaysia Muhamad Aznil Bidin succeeded at snatch 127 kg and is still ahead pic.twitter.com/Bt7CTiAusy
— #uniTi (@tilianker) July 30, 2022
Aznil rangkul emas kedua negara di Sukan Komanwel
Kontinjen Malaysia meraih satu lagi emas pada temasya Sukan Komanwel 2022, di sini, sebentar tadi, apabila atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin berjaya muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg).
Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55kg dalam saingan yang berlangsung di National Exhibition Center (NEC) Birmingham di sini.
Aznil muncul juara selepas berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.
Pingat perak dimenangi wakil Papua New Guinea, Morea Baru yang menghimpunkan 273kg manakala gangsa milik atlet India, Gururaja Gururaja. Sumber : Berita Harian
Lagu Negaraku berkemundang kali kedua di NEC Birmingham selepas Aznil Bidin menang emas kedua negara di Sukan Komanwel. – Video Amirullah Andi Nur pic.twitter.com/PzAAOOmNvD
— Berita Harian (@bharianmy) July 30, 2022
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022