Siri Jelajah Ikhlas Bermula Di Johor

๐Ÿ“ Siri pertama ke negeri Johor

Realiti pandemik yang melanda negara membawa pelbagai kisah berbeza.

Berkongsi apa yang dilalui oleh empat keluarga di negeri Johor ini bakal memberi kita gambaran sebenar erti ketabahan dalam berhadapan dugaan kehidupan.

Memberi sokongan melalui program Jelajah Ikhlas Bersama CSR kami cuba mencari kemanisan di sebalik senyuman mereka.

Siri Jelajah Ikhlas bermula di Johor

JOHOR BAHRU โ€“ Seorang ibu tunggal yang sebelum ini mencari rezeki dengan menjual juadah sarapan pagi kini terlantar di rumah selepas mengalami lumpuh di bahagian badan kanannya sejak setahun lalu.

Kini, Maimun Said, 50, tidak mampu menguruskan diri sendiri sebaliknya perlu bergantung harap kepada empat anak lelakinya yang berumur antara 15 hingga 27 tahun yang tinggal bersama.

โ€œAnak sulung bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,000 lebih, jadi selepas membayar duit sewa sebanyak RM700 sebulan, lebihan daripada gaji itu akan digunakan untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

โ€œJika hendak diikutkan memang tidak cukup, namun kami cuba berjimat seberapa yang mampu dengan membeli barangan keperluan secara ala kadar,โ€ katanya.

Maimun ditemui pemberita sempena Program Jelajah Ikhlas Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Era Foods MY dan Media Mulia Sdn Bhd. (MMSB).

Program julung kali diadakan itu bertujuan untuk membantu keluarga B40 yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Siri jelajah yang bermula pada awal September hingga Oktober ini menyediakan sumbangan wang tunai, produk CSR dan beras Era serta hadiah eksklusif daripada MMSB.

Selain itu, bekas pekerja pembersihan hotel di Singapura, Azmin Sakur, 31, yang tinggal di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi terpaksa bergelut demi meneruskan kehidupan dalam ekonomi yang sukar kini.

Menurut bapa kepada dua orang anak yang telah berkelana di Kota Singa selama lima tahun itu, dia terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja susulan kerajaan melaksanakan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus pintu sempadan negara ditutup.

โ€œDari bujang sehingga berkahwin, saya selesa bekerja di Singapura. Meskipun terpaksa bangun pagi untuk meredah kesesakan, namun berbaloi dengan gaji diperolehi.

โ€œTahun lalu ketika Covid-19 berlaku, syarikat mula menetapkan syarat di mana kami tidak dibenarkan kuarantin di hotel. Menyebabkan saya terpaksa mengambil keputusan pulang ke rumah mentua bersama isteri dan anak.

โ€œTambahan pula ketika itu ayah mentua baru sahaja meninggal dunia,โ€ jelasnya. Azmin bersama isteri, Haziyah Hadman, 28, mengambil keputusan berniaga menjual mi celup untuk menampung komitmen bulanan dan juga perbelanjaan harian,โ€ katanya.

Dia tidak menyangka sambutan diterima terhadap mi celup yang menampilkan rasa ala Thailand diusahakan itu amat positif serta diminati penduduk Felda.

โ€œTidak dinafikan bila berniaga ada pasang surutnya. Tambahan pula kami hanya mengambil tempahan dan membuat penghantaran ke rumah. Sehingga kini, kami masih mampu menampung untuk perbelanjaan anak beranak,โ€ katanya.

Sumber : Kosmo Online

Komen Anda?