Sifat Kejujuran Beliau Buat Ramai Memuji, Staff Tesco Pulangkan Clutch Bag Berisi 2k

Sebagai apa pun kita bekerja, sikap jujur dan amanah perlu menjadi elemen utama dalam mengerjakan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan.

Pokok pangkalnya, setiap individu perlu menjadikan sifat jujur dan amanah di ‘tangga’ paling atas ketika melakukan kerja-kerja seharian terutamanya kerja-kerja yang melibatkan orang lain.

Kisah seorang pekerja ini memulangkan kembali apa yang bukan menjadi haknya wajar dijadikan contoh bagi semua orang.

Ini yang dikongsi oleh Pn Ain Fatin Di media sosial Facebook. Beliau Sekadar berkongsi cerita terharu jmpa manusia yg jujur ??

Ada jugak manusia mcm ni zaman skrng

Semlam kak ain p la Tesco Stargate nk beli ikan ,sayoq2..elok smpai dlm pukui 10.30 depa dh bungkuih2 simpan..pastu terus pecut p Tesco Mergong pulak..sbb Tesco Mergong ttp lewat..

Sampai2 tesco..cari clutch bag husbnd xjmpa..rupa2nya tertingai dlm troli tesco stargate…chering bulu2 roma ni..pucat muka2.toqeh xkeluaq darah oii…sbb dlm bag tu bru tekan duit..ada Rm2000?? adeh..

Menyerit bawak keta xsangga laa..masa otw tu baca doa mcm2 keluaq.dok pikiaq..stg bangla kemaih troli jmpa,mmpoih dhh..elok2 smpai sana jam 10.50pm..depa dok kemas2 troli dh..nmpk abg ni dok tolak troli..terus terpa kat dia tnya.nmpk wallet saya x..dia kata..ada2 warna hitam ya..saya bru nk p hntaq kat custemer service..

Alhmdulillah..mcm nk nageh rasa..??? ada lagi manusia yg jujur mcm ni dizaman la ni.??? ingat ka dh pupus dh..sbb dok jmpa hat jenih tamak dengn harta dunia ja..

Ya allah kau jadikanlah hamba allah ni kaya dunia dan akhirat..sbb hati dia bersih?? aminn..kalau abg ni mintak keja,terima la dia sbb dia seorng yg jujur..

Alhmdulillah disebabkan viral pasal brader troli tadi dh smpai ke pengetahuan pihak Tesco Malaysia..

Insyallah ni brader ni akan dapat anugerah pekerja cemerlang,disamping bonus xtra ?

Pastu 1 lagi hat dok tnya kak ain xda bg saguhati ka kat brader troli ni..kak ain nk cita pasal kejujuran abg ni..bukan nk cita pemurahnya kak ain?? pasal sedekah2 tu biaq la kak ain,abg troli dan Allah je yg tau…??

Lebiuuu netizen??

#makcikPondesyen

Sumber : Ain Fatin Lyana

Tidak kira apa sahaja jenis pekerjaan yang seseorang itu lakukan, sikap kejujuran adalah sangat penting dalam diri seseorang individu.

Facebook Comments