Siapa Boleh Percaya Sebuah Kelab Kecil Boleh Tewaskan Pasukan Gergasi Asia

KEJAYAAN Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 membuka satu lagi lembaran baharu dalam arena bola sepak Malaysia.

“Tahniah JDT! Kejayaan ini bukan sahaja mampu menaikkan moral pemain negara untuk mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat tertinggi tetapi diharap menjadi contoh terbaik kepada bola sepak negara.

“Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

“Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab dari kuasa besar bola sepak Asia,” katanya.

Siapa sangka pasukan kerdil ‘tendang’ gergasi Asia-Mora

Pengendali Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora melihat kemenangan terhadap pasukan gergasi Asia seperti Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan bukan hanya kejayaan semata-mata namun lebih kepada sejarah baharu buat kelab kerdil. 

Dipetik dari Laman Harian Metro, Mora berkata, kejayaan pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) adalah hasil daripada pengorbanan semua pihak terutama pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa bertungkus lumus memperbaiki kelemahan untuk pasukan Harimau Selatan tampil lebih menyakinkan.

Beliau berkata, sebagai kelab kerdil dari selatan tanah air, JDT menunjukkan kejayaan luar biasa dengan menewaskan Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan, yang merupakan juara ACL 2020.

“Siapa boleh percaya sebuah kelab kecil dari selatan Malaysia boleh tewaskan pasukan Korea tentunya gergasi Asia iaitu juara separuh akhir pada 2021 dan juara 2020.

“Sekarang tiada yang mustahl kerana kini kami keluarkan mereka dari kejohanan, JDT cuma sebuah kelab kecil dari Johor… jadi saya amat berbangga,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi. 

Selain itu, Mora berkata, gol menakjubkan daripada sepakan percuma Leandro Velazquez mengubah segalanya apabila pemain beraksi lebih menyakinkan dengan menguasai perlawanan untuk menjaringkan lebih banyak gol. 

Katanya, gol sendiri Park Yong-Woo pada minit ke-94 adalah nasib tidak baik buat Ulsan Hyundai, tetapi ia terhasil daripada serangan yang agresif JDT bagi menempah tempat dalam pusingan 16 pasukan ACL. 

“Pertamanya kesemua gol dalam bola sepak terjadi akibat kesilapan, sama ada ‘pitch’ yang tinggi atau rendah, bahagian kiri atau kanan… akhirnya jika ia masuk ke dalam gol… ia disebabkan kesilapan. 

Kelab pertama dan satu-satunya dari Malaysia yang layak ke ‘Round of 16’ Liga Juara-Juara AFC!

“Kesilapan itu digerakkan oleh kepercayaan dan keagresifan kita untuk bergerak ke hadapan dan percubaan untuk mencari gol. Bagaimana cara ia dijaringkan, kiraan gol itu tetap sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai Hong Myung Bo menyatakan rasa kekecewaannya terutama apabila anak buahnya menjaringkan gol sendiri. 

“Cuma terdapat satu pilihan… menang perlawanan, tetapi yang lepas tetap lepas, dan walaupun sukar dengan jadual yang padat, pemain sudah lakukan yang terbaik. 

“Pada separuh masa kedua, minit-minit terakhir kami tukar formasi dan keputusannya kami gagal,” katanya. 

Pada perlawanan petang semalam menyaksikan JDT melakar sejarah tersendiri dalam saingan Liga ACL apabila berjaya menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan I. 

Kemenangan itu bukan saja cukup bersejarah buat pasukan berpangkalan di Selatan Tanah air itu, malah ia dilakukan dengan cukup bergaya apabila muncul juara kumpulan selepas menghimpun 13 mata daripada enam aksi, sementara Kawasaki Frontale di tangga kedua di belakang JDT. Sumber : Harian Metro

TERIMA KASIH PENYOKONG JDT — KEHADIRAN TERTINGGI MUSIM 2022

Terima kasih kepada 17,940 penyokong yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menjadi saksi kemenangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Ulsan Hyundai dalam perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Setiap seorang dari anda adalah sebahagian daripada sejarah selepas kita layak ke ‘Round of 16’. Terima kasih JDT Family! Luaskan Kuasamu Johor.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?