Shahrul, De Paula Sertai JDT

Selamat Datang Shahrul Saad Dan De Paula Ker JDT Family …..

Shahrul, De Paula Sertai JDT

KUALA LUMPUR: Perak FC sah ‘kehilangan’ dua pemain mereka hanya sehari sebelum aksi bertemu Sri Pahang FC (SPFC) selepas Shahrul Saad dan Guilherme de Paula sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu diumumkan menerusi laman Johor Southern Tigers, hari ini.

Ini menyaksikan pendahulu Liga Super itu terus menghimpun ‘koleksi’ pemain kebangsaan menerusi kemasukan dua pemain terbabit.

Shahrul yang beraksi di bahagian pertahanan akan memakai jersi bernombor 32 sementara de Paula yang juga penyerang naturalisasi akan menyarung jersi bernombor 31.

Terdahulu, dua pemain terbabit memang sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukan itu dipercayai susulan kemelut tunggakan gaji yang dihadapi skuad The Bos Gaurus.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali mengesahkan Shahrul yang juga kapten pasukan dan juga De Paula sudah meminta pelepasan untuk meninggalkan kelab itu.

Sementara itu, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards turut mengesahkan juara Liga Super tujuh kali itu akan ‘membantu’ menambahkan sengat beberapa pasukan dalam Liga Super dengan meminjamkan pemain mereka.

“JDT akan meminjamkan beberapa pemain kepada Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan UiTM FC pada jendela perpindahan pertengahan musim ini dan jendela perpindahan 2022,” kata Alistair.

Sumber : Berita Harian

Keputusan yang bijak daripada dua pemain ini dengan menyertai pasukan yang sentiasa menjaga kebajikan pemain.

Jangan lupa malam ini Penang vs JDT

Komen Anda?