fbpx

Seri 1-1 Dengan Felda United, JDT Kekal Di Takhta Liga

Hari ini JDT bermain tanpa pemain ke 12 di Stadium. Ini susulan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan bahawa kesemua perlawanan domestik yang berlangsung minggu ini akan diadakan secara tertutup manakala semua perlawanan bermula hari Isnin akan ditunda sehingga makluman selanjutnya. Walaupun Seri Sokongan dari jauh dan doa dari kami sentiasa berada bersama kamu JDT.

Photo By JOHOR Southern Tigers

CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 14 MARCH 2020

JDT [1-1] FELDA UNITED
(Syafiq Ahmad 21′)
(Frédéric Bulot 51′)

Hidup Johor Demi Johor

Photo By JOHOR Southern Tugers

FELDA, JDT kongsi mata

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat FELDA United 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

JDT terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-21 sebelum Federic Bulot menyelamatkan FELDA United dengan gol penyamaan pada minit ke-51.

Sementara itu, Sabah dan Perak turut berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 di Stadium Likas.

Azzizan Nordin meletakkan Sabah di depan seawal minit kelima, namun Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shahrel Fikri Md Fauzi 12 minit kemudian.

Sabah kembali mendahului pada minit ke-27 selepas Guy Mickael Gnabouyou meledak gol kedua dan Shahrel sekali lagi muncul penyelamat Bos Gaurus apabila berjaya menyumbang gol penyamaan, sekali gus mencuri satu mata dari Kota Kinabalu.

Sumber : Berita Harian

DEBUT JDT – TAHNIAH, ARIF AIMAN

Arif Aiman Hanapi, produk Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang berumur 17 tahun, membuat penampilan sulung dalam skuad senior ketika perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara JDT dan Felda United di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu, 14 Mac 2020. Luaskan Kuasamu Johor.

Photo By JOHOR Southern Tigers

KEDUDUKAN PUSINGAN LS4 CIMB LIGA SUPER 2020

Sumber : MFL

KEDUDUKAN PUSINGAN LP4 LIGA PREMIER 2020

Sumber : MFL
Komen Anda?