Sepakan Percuma Safawi Rasid Menggegar Tiang

Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal menambah mata pada aksi pusingan kedua Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan keputusan selepas tewas 0-2 kepada kelab Korea, Pohang Steelers, di Stadium Rajamangala, Bangkok. sebentar tadi.

Safawi Rasid – Photo by JST

Nama Safawi Rasid di dalam arena sukan bola sepak Malaysia sememangnya sering diperkatakan. Apa tidaknya, aksi yang dipamerkan olehnya sering menjadi ‘masalah’ kepada pertahan pasukan lawan. Aksi lincah mengelecek dan tendangan percuma yang dihasilkannya sering memukau mata rata-rata peminat sukan itu.

Pada minit ke 16 Safawi Rasid hampir membuka jaringan dengan satu tendangan terus dari sepakan percuma, mujur bola terkena tiang gol.

Pasukan Pohang Mendahului JDT Pada Separuh Masa Pertama..

Kedudukan tanpa jaringan pada perlawanan separuh masa kedua sehingga wisel penamat

JDT [0-2] POHANG STEELERS
(Lee Seung-Mo 33′ / Kang Sang-Woo 37′)

JDT tumbang lagi

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus dihimpit kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Pohang Steelers pada aksi pusingan kedua sainga Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Kekalahan kali kedua kepada kelab dari Korea Selatan itu menyulitkan laluan skuad Harimau Selatan untuk layak ke pusingan 16 pasukan tatkala harus menang ke atas Nagoya Grampus dan Ratchaburi FC pada pertembungan Ahad dan Rabu ini bagi mendapat talian hayat sekiranya ingin ke pusingan seterusnya. 

Walaupun pengendali JDT, Benjamin Mora membuat rombakan di benteng pertahanan selepas menyenaraikan Aidil Zafuan Abd Radzak bagi menggantikan Mauricio Dos Santos namun ia tidak menghalang kelab dari Korea Selatan itu merobek gawang menerusi dua gol pada babak pertama.

Safawi Rasid yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama hampir memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-16 selepas bola sepakan percuma dari luar kotak penalti memerangkap penjaga gol, Kang Hyeon-mu namun bola sepakan lencong itu terkena tiang gol kanan.

Namun rentak agresif JDT tersentap pada minit ke-33 apabial ketinggalan selepas gerakan menarik Goh Young-jun yang bermula di posisi sayap kiri bijak melorongkan bola kepada Lee Seung-mo yang tidak dikawal mudah merembat bola tepat ke penjuru kiri menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Pohang Steelers menambah derita JDT pada minit ke-37 apabila bola umpanan Boris Tashti menyaksikan kapten Kang Sang-woo mudah melepasi perangkap ofsaid dan bertindak merembat bola menewaskan Farizal.

Aksi babak kedua yang disambung, anak didik Mora bagaikan buntu untuk mencipta serangan berbahaya walaupun membawa masuk Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh bagi menguatkan jentera serangan, sebaliknya kelebihan 2-0 memihak skuad kendalian Kim Gi-dong kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan itu meletak skuad Harimau Selatan di tangga ketiga dengan tiga mata dan kelab Korea Selatan itu di tangga kedua dengan mengumpul sembilan mata manakala Nagoya Grampus kekal selaku pendahulu kumpulan dan akan beraksi pada malam nie menentang Ratchaburi FC Di Stadium Rajamangala, Thailand..

Jadual perlawanan Johor Darul Ta’zim untuk Kumpulan G, AFC Champions League


04/07: 🇯🇵 Nagoya Grampus | Live di FOX Sports 📺

Hidup Johor Demi Johor

#LuaskankuasamuJohor
Komen Anda?