Sepak Mula Pertama Liga Perdana NSFC 2-1 JDTII

“Perlawanan pertama selalu menjadi detik penting kepada mana-mana pasukan kerana secara tidak langsung akan berikan keyakinan bagi mengharungi musim yang panjang ini.

“Namun, JDT II bukan pasukan yang mudah kerana mereka mempunyai barisan import yang berkualiti terutama ketua pasukan (Nicolas Fernandez) selain pemain-pemain muda berbakat,”

Photo by JOHOR Southern Tigers

Berikut keputusan Liga Malaysia yang berlangsung hari ini:

Liga Super

Melaka United 1 Sabah FC 1

Penang 1 KL City FC 0

Selangor FC 3 Sri Pahang FC 1

UiTM FC 1 Terengganu FC 2

Liga Perdana

PDRM FC 0 Selangor FC II 3

Negeri Sembilan FC 2 JDT II 1

TFC II 4 Projek FAM-MSN 0

Kelantan FC 0 Perak II 1

2021 MALAYSIA PREMIER LEAGUE JDTII

NEGERI SEMBILAN [2-1] JDT II
(Zaquan Adha 24’ (pen) / Alain Akono 52’ (pen)
(Rafiefikri Rosman 45’)

Photo by JOHOR Southern Tigers

NSFC kejutkan JDT II dengan kemenangan 2-1

SEREMBAN – K. Devan menunjukkan magisnya apabila berjaya memimpin Negeri Sembilan FC (NSFC), menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 pada aksi sulung Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini sebentar tadi.

Beraksi ketika waktu hujan memberi peluang kepada pasukan NSFC menggunakan peluang sebaik mungkin di tempat sendiri.

Gol pertama NSFC dijaringkan oleh Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-23 pada sepakan penalti.

Pada minit ke-45 JDT II berjaya menyamakan kedudukan apabila Mohamad Rafiefikri Mohd. Rosman berjaya menjaringkan gol sebaik sahaja masa di tambah dua minit.

Tidak selesa dengan kedudukan itu serangan bertalu-talu NSFC membuahkan hasil apabila diberi peluang untuk sepakan penalti.

Gol kedua minit pada ke-51 itu dijaringkan oleh Alain Thierry Akono Akono.

Cubaan pasukan JDT II untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil walaupun mendapat masa tambahan 4 minit.

NSFC peroleh 3 mata hasil kemenangan pertama. – K! ONLINE.

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP1

Photo by MFL

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS1

Photo by MFL

 38 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?