Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang, MFL Kaji Cadangan

MFL kaji syor Tunku Ismail main petang

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membayangkan kesediaan untuk merombak jadual perlawanan Liga Malaysia (Liga M) pada waktu siang seperti yang dicadangkan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Di petik dari laman Berita Harian, Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam menjelaskan cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu namun dia mengakui aksi pada sebelah petang bakal mampu memberi perkembangan positif kepada arena bola sepak tempatan.

“MFL sentiasa melihat dan menerima sesuatu cadangan ke arah yang cukup positif. Musim ini kita dapat melihat sepak mula di sebelah petang diadakan dalam aksi Liga Juara Juara Asia (ACL) di Johor Bahru sebelum ini.

“Jelas kita dapat saksikan di mana tempoh waktu di negeri Johor boleh dikatakan amat sesuai untuk bermain di sebelah petang.

“Jika dilihat daripada aspek komersial, cadangan Tunku Ismail itu akan melihat sepak mula di sebelah petang memberikan dinamik baharu kepada bola sepak tempatan di mana penyokong bersama ahli keluarga dapat menikmati perlawanan bola sepak pada hujung minggu.

“Namun sekretariat MFL harus mengkaji perkara ini dari semua sudut dengan lebih teliti sebelum dicadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah pada masa akan datang,” kata Stuart.

Terdahulu, Tunku Ismail mengakui suasana perlawanan Liga M akan menjadi bertambah menarik sekiranya ia dapat dilangsungkan pada waktu siang.

Katanya, selain memberi peluang buat penyokong untuk hadir beramai-ramai ke stadium di waktu siang yang lebih panjang berbanding malam, ia juga dapat memberi pilihan waktu siaran langsung yang lebih pelbagai.

Malah Tunku Ismail menjelaskan aksi di siang hari akan membawa suasana seperti di Eropah yang lebih baik dan jelas. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: