Seorang Wanita Warga Emas Dan Seorang Bayi Berusia Setahun Nyaris M4ut

#Tragedi Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya OKU) dan seorang bayi berusia setahun nyaris maut apabila dua buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru, pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku jam 9.40 pagi bermula dari salah sebuah rumah separuh kekal berkenaan.

Ketika kejadian terdapat tiga mangsa termasuk bayi dan wanita OKU dalam dua rumah terbabit, namun mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai sebelum pasukan bomba dan penyelamat tiba.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Tebrau, Penolong Kanan, Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9.58 pagi.

Turut membantu sebuah jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.

#BuletinTV3

Facebook Comments