fbpx

Senarai Pasukan Yang Telah Layak Ke “Piala Malaysia 2019”, Undian Pada 23 Julai 2019

PIALA MALAYSIA 2019

Berikut merupakan senarai 1⃣6⃣ pasukan yang telah layak ke Piala Malaysia 2019 ?!

Nantikan majlis undian Piala Malaysia 2019 pada hari Selasa, 23 Julai 2019.

KEDUDUKAN TERAKHIR PUSINGAN LS22 LIGA SUPER 2019

Amukkan Felda United malam ini mengekalkan mereka beraksi di Liga super utk musim 2020 setelah berjaya menewaskan Kedah fa 5-1 .. Tahniah felda! ??? comeback stronger next season..

FELDA kekal Liga Super, PKNP turun

FELDA United terselamat daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas membelasah Kedah 5-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini sekali gus berjaya menduduki tempat ke-10 dengan 19 mata.

Tuan rumah bermula garang menerusi jaringan awal pemain import dari Brazil, Jocinei Schad pada minit keenam, sebelum Faiz Mazlan menggandakan jaringan pada minit ke-32.

Skuad Lang Merah kemudian cuba bangkit menerusi sepakan penalti Jonathan Bauman pada minit ke-78, namun FELDA meneruskan pesta gol menerusi Khairul Amri Kamal (m-85), Jazasrin Jamaludin (m-92) dan Kei Ikeda (m-93).

Perlawanan itu turut dicemari dengan insiden kad merah apabila pemain Kedah, Renan Da Silva Alves diarahkan keluar padang selepas mengasari Khairul Amri pada minit ke-75.

PKNP FC pula menduduki tempat ke-11 dengan 16 mata selepas tewas kepada pendatang baharu, PJ City 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada aksi terakhir liga musim ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang import dari Brazil, Washington Brandao pada minit ke-75, sekali gus menghantar balik PKNP ke saingan divisyen kedua selepas dua musim di Liga Super.

Sumber : Harian Metro

12 PASUKAN SAH BERAKSI LIGA SUPER 2020

Selepas Pulau Pinang dipotong 6 mata,tempat telah diambil oleh PDRM FA.Manakala Felda berjaya kekal di Liga Super sselepas membelasah Kedah 5-1.

Siapa bakal juara Liga Super musim hadapan? Jeng2 Jeng2….

Komen Anda?
Related Post
Stadium Sultan Ibrahim Akan Mengadakan Proses Pemeriksaan Akhir

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin menyatakan bahawa Stadium Sultan Ibrahim akan mengadakan proses Read more

CIMB Penaja Utama Liga Super Malaysia Dan Piala Sumbangsih

CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan CIMB”) telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Malaysian Football Read more

Penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) Dalam Liga Super, Tidak Dapat Disangkal Lagi

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi tajuk utama akhbar di negara ini selepas kemenangan Read more

JDT Terus Ungguli Liga Super Malaysia 2019, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Wow Terbaik la BOS gi stadium pakai baju melayu siap sampin..?? Credit : Harimau Selatan Read more