Senarai 29 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Ini dia 29 pemain dipanggil coach Kim Pan Gon menjelang aksi persahabatan pada 27 Mei & 1 Jun nanti berdepan Myanmar 🇲🇲 & Hong Kong 🇭🇰 dan juga bagi saingan #ACQ2023.

Dia mengekalkan 20 pemain daripada aksi FAS Tri-Nations Series sebelum ini dan memanggil 9 pemain baru. Apa pendapat anda tentang senarai ini?

Sementara itu ini pula senarai bersedia jika terdapat sebarang pertukaran daripada 29 pemain utama yang dipanggil coach Kim Pan Gon.

Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon mengekalkan 20 pemain daripada senarai 25 pemain yang dibawa ke Singapura bagi dua perlawanan FAS Tri-Nations Series 2022 bertemu Filipina dan Singapura pada Mac lalu dengan tiga pemain – Aidil Zafuan Abd Radzak, Ramadhan Saifullah Usman dan Zhafri Yahya diletakkan dalam Senarai Bersedia manakala dua lagi pemain – Luqman Hakim Shamsudin dan Quentin Cheng kini bersama skuad B-23 kebangsaan di Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sembilan pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah Matthew Davies, Afiq Fazail, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Junior Eldstal, Norshahrul Idlan Talaha dan Guilherme de Paula, termasuk Syahmi Safari dan Darren Lok yang tidak dapat bersama pada kem latihan pusat, Mac lalu serta Nazmi Faiz Mansor.

Daripada senarai 40 pemain dalam jadual di atas (29 pemain dipanggil dan 11 pemain dalam Senarai Bersedia), hanya seramai 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 manakala baki 17 pemain lain tetap perlu bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat perubahan pada senarai akhir tersebut. Sumber : FAM

* Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 17 Mei 2022

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?