Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini

Buat persediaan awal bagi melancarkan urusan kewangan anda sepanjang tempoh ini.

BankRakyat akan menaik taraf sistem Perbankan teras bermula Jumaat 9/10/2020 jam 4 petang – 12/10/2020 jam 12 tengah hari.

Gangguan perkhidmatan Bank Rakyat dari 9 hingga 12 Okt

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Bank Rakyat mengingatkan pelanggannya untuk merancang urusniaga perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula dari Jumaat, 9 Okt, 2020, pukul 4 petang hingga Isnin, 12 Okt, 2020, jam 12 tengah hari. 

Gangguan itu disebabkan proses menaik taraf sistem.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed berkata pelanggan tidak perlu bimbang kerana segala maklumat berkaitan simpanan dan rekod pembiayaan mereka di Bank Rakyat tidak akan terjejas selepas sistem ini dinaik taraf.

“Ini termasuk bagi wang yang didepositkan dan disimpan di Bank Rakyat, urusan pembayaran wang pencen serta potongan gaji bulanan pelanggan. Seluruh warga kerja Bank Rakyat juga komited dalam memastikan sistem baharu ini beroperasi dengan baik ketika pelaksanaan sistem baharu tersebut pada 12 Okt 2020,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Gangguan bagi semua perkhidmatan perbankan ini kecuali Kad Kredit-i

Gangguan bagi semua perkhidmatan perbankan ini kecuali Kad Kredit-i adalah kerana proses transformasi digital ke sistem Perbankan Teras (Core Banking, CoBRa) baharu bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya.

Antara jenis perkhidmatan yang tidak boleh digunakan pada tarikh dan waktu tersebut termasuk, perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat/Ar-Rahnu, perbankan internet (iRakyat), ibizRakyat, Kad Debit-i dan semua terminal layan diri Bank Rakyat, iaitu Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM), Mesin Cash-In Cash-Out (CICO) serta Ejen Bank (Rakyat Care). 

Semasa tempoh berkenaan pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatan Kad Kredit-i Bank Rakyat untuk semua urusniaga bagi pembelian di kaunter, dalam talian, serta melakukan pengeluaran tunai di ATM bank-bank lain yang mempunyai logo Mastercard.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my dan laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Sumber : — BERNAMA