Semua Masjid Dan Surau Di Johor Akan Mengadakan Solat Sunat Hajat Memohon Dijauhkan Dari Penularan Wabak Influenza

Influenza: Semua masjid buat solat hajat Jumaat ini
JOHOR BAHRU – Semua masjid dan surau di Johor akan mengadakan solat sunat hajat memohon agar dijauhkan dari penularan wabak influenza A pada Jumaat ini iaitu selepas solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin memaklumkan arahan bagi melaksanakan solat sunat hajat tersebut adalah bagi seluruh masjid kerajaan dan kariah di negeri berkenaan.

Katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan, solat sunat hajat tersebut bertujuan memohon kepada ALLAH SWT agar dikurniakan kesejahteraan, keselamatan, ke’afiatan dan dilindungi dari wabak influenza A kepada seluruh rakyat.

Facebook Comments