Semoga Kejayaan Menjadi Milik Pasukan JDT, Johor Darul Ta’zim – Turkmenistan

Hari ini merupakan matchday untuk aksl diantara pasukan daripada Malaysia Johor Darul Ta’zim bertemu skuad kebangsaan Turkmenistan. Aksi ini merupakan sebahagian daripada pra-musim Johor Darul Ta’zim di Dubai.

Untuk maklumat anda semua, Johor Darul Ta’zim atau JDT akan turun bertemu pasukan Turkmenistan ini pada 26 januari 2020. Dijangka seepak mula akan bermula pada jam 10 malam waktu Malaysia atau 6 petang waktu tempatan di sana.

Turkmenistan bukanlah boleh dianggap lawan calang-calang berdasarkan prestasi terkini pasukan tersebut. Berada di dalam kumpulan yang sama seperti Korea Selatan dan Korea Utara di pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Turkmenistan kini adalah pendahulu Kumpulan H.

Perlawanan menentang JDT pasti akan menjadi satu lagi medan ujian buat pasukan yang berada di rangking ke-129 dunia itu sebelum pertemuan menentang Korea Selatan pada Mac hadapan.

JDT have arrived! We play a National Team today 🔴🔵

Play our style” – 🗣 The Captain 🔴🔵

Check out the interview with our captain Hariss Harun ahead of tonight’s friendly match 🤛🏻

AYUH MERIAHKAN KARNIVAL DAN PELANCARAN JERSI BAHARU JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melancarkan jersi baharu untuk musim 2020 pada 1 Februari, jam 9.00 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Selain dari majlis pelancaran gilang-gemilang ini, JDT juga menganjurkan satu karnival untuk para penyokong dan orang ramai yang akan berlangsung dari 1 hingga 2 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi.

Pembeli jersi pada malam itu akan menjadi yang terawal memiliki jersi musim 2020 ini dan juga akan mendapat PAS MASUK EDISI TERHAD ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih. Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?