fbpx

Semangat Juang Yang Tinggi, Malaysia Ke Final Bertemu Indonesia

Keputusan penuh separuh akhir #BATC2020 pasukan lelaki:‬

Malaysia 🇲🇾‬ 3-0 Jepun 🇯🇵

Kita ke FINAL! 🙌 Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh skuad lelaki negara hari ini. Semoga mereka dapat kekalkan momentum ini untuk berdepan dengan juara bertahan Indonesia 🇮🇩 jam 4 petang esok. #KamiTeamMalaysia

Photo By Team Malaysia

Malaysia ke final bertemu Indonesia

SKUAD badminton lelaki negara melakar sejarah mara ke pentas final Kejohanan Berpasukan Asia buat kali pertama selepas menewaskan Jepun 3-0, hari ini di Rizal Memorial Coliseum, Manila.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus cemerlang apabila meraih mata pertama skuad negara dengan menewaskan Kanta Tsuneyama 21-11 8-21 21-11 dalam tempoh 52 minit.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata kedua negara selepas tidak berdepan masalah menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.

Cheam June Wei memenuhi impian Malaysia untuk beraksi di pentas final selepas dia terpaksa bekerja keras menewaskan Kenta Nishimoto 21-19 3-21 21-12.

Skuad negara akan bertemu juara bertahan, Indonesia pada aksi final esok.

Sementara itu impian skuad badminton wanita negara untuk terus melakar sejarah di kejohanan itu tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 di tangan penyandang juara Piala Uber, Jepun.

Skuad lelaki dan wanita negara sudah mengesahkan tempat automatik ke Piala Thomas di Aarhas, Denmark, Mei depan.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?