Semakin Mencabar Dan Berisiko Kerja Bomba, Pengorbanan Bomba Demi Masyarakat

BUAYA SEPANJANG 2.5 METER DITANGKAP DI KAMPUNG GELAM, SONG

17 Jun – SONG : Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.00 petang mengenai kemunculan seekor buaya terlekat pada mata kail yang dipasang oleh seorang anggota PBB Song di danau belakang rumahnya di Lot 292 Kpg. Gelam.

Komandar operasi membuat size up di tempat kejadian dan menggarahkan anggota menangkap buaya tersebut menggunakan tali.Buaya sepanjang 2.5 meter dan ukur lilit 80cm.

Setelah buaya berjaya ditangkap dan di bawa balik ke balai bomba untuk diserahkan kepada pihak perhutanan.

1 LFRT ATEGO BKA9151

2 PSM

4 PBB

*1 TOYOTA HILUX WA1566V*

PPGB Fredrick AK Aok

PB Mohd Zakri

*PEGAWAI KANAN DI LOKASI

PPgB Fredrick Ak Aok

Pasukan Charlie

BBP SONG

Sumber : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Memancing dapat buaya

SEORANG Pegawai Bomba Bantuan (PBB) cemas seketika selepas menyedari seekor buaya tersangkut pada pancing yang dipasang di tasik di belakang rumahnya di Kampung Gelam, Song, petang tadi.

Bimbangkan keselamatannya berikutan saiz buaya itu yang agak besar, PBB terbabit menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song untuk meminta bantuan menangkap reptilia itu.

Ketua BBP Song, Penolong Penguasa Bomba Frederick Aok berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu pada jam 4.01 petang.

“Setibanya di lokasi, komander operasi memeriksa kawasan itu dan mendapati memang ada seekor buaya tersangkut pada mata pancing.

“Beliau kemudian mengarahkan anggota menangkap buaya itu dan mengikatnya,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Selepas berjaya diikat, buaya sepanjang 2.5 meter dengan ukur lilit 80 sentimeter itu dibawa balik ke BBP Song.

Katanya, reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments