Semakan Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 Pada 21 November

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Boleh Di Peroleh Pada 21 November 2019. Calon-calon boleh menyemak keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019 secara SMS seperti berikut :

PPSR boleh diperoleh 21 November ini

MURID Tahun Enam boleh mengambil dokumen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 pada 21 November ini di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu kenyataan berkata, calon terbabit boleh mengambil dokumen itu bermula 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

“Semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR Angka Giliran atau PASR dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan akan diaktifkan bermula 10 pagi 21 November ini dan tamat pada 6 petang, 30 November.

“Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal lembaga peperiksaan http://sppat.moe.gov.my/semakan,” katanya.

PPSR ialah dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Sumber : Harian Metro