fbpx

Semak Kelayakkan Program Subsidi Petrol

Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, pihak kerajaan bakal memperkenalkan sebuah mekanisme baru dalam memberi subsidi petrol kepada rakyat Malaysia yang layak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) bermula tahun hadapan.

Melalui program ini, mereka yang layak bakal menerima sebanyak RM30 sebulan untuk pengguna kereta manakala mereka yang menggunakan motosikal bakal menerima RM12 sebulan.

MENGENAI PSP

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Semak Kelayakkan

Kementerian juga memohon supaya pengguna mengakses Portal PSP melalui ‘browser Chrome atau Mozilla Firefox’ untuk prestasi yang lebih baik.

Panduan Pengguna

Syarat kelayakan

Manual Penggunaan

Sumber : KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Komen Anda?