Semak Dahulu Nama, Sebelum Keluar Negara

Kepada warganegara Malaysia, sebelum membeli tiket penerbangan sila pastikan nama anda tidak tersenarai di dalam Senarai Syak Jabatan Imigresen Malaysia. Sila layari:

https://sspi.imi.gov.my

untuk menyemak status anda. Sekiranya anda disenaraihitam, sila rujuk ke Pejabat JIM yang terdekat untuk mengetahui agensi mana yang menyenaraihitam anda. Sila berurusan dengan agensi terbabit untuk mengeluarkan nama dari sistem kerana JIM adalah jabatan pelaksana dan kuasa mengeluarkan nama anda adalah tertakluk kepada agensi tersebut.

JIM tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi perkhidmatan ini. Semakan boleh dilakukan bila-bila masa di mana sahaja melalui komputer dan smart phone anda secara percuma dan tidak perlu dicetak.

#rancangperjalanandenganbijak

Sumber : Norwati Majudi

Komen Anda?