Selepas Gempar Dengan Kehilangan Seorang Ustazah, Kini Seorang Pelajar Tahfiz Pula Gagal Dikesan

Assalamualaikum semua..

Minta kerjasama..sesiapa ternampak adik sepupu saya Muhammad Muqri minta hubung balai polis terdekat atau hubungi mak cik saya 0194795436 atau direct pm sy..Beliau hilang sejak beberapa hari lepas dan masih tidak ditemui.Lokasi terakhir di Parit Panjang Baling Kedah..Minta share semua..??? Mohon semua doa permudahkan urusan kami sekeluarga..

Sumber : Nur Syawal II

Pelajar tahfiz hilang sejak seminggu lalu

IPOH: Selepas gempar dengan kehilangan seorang ustazah di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak 14 Januari lalu yang kemudian ditemui selamat di Kuala Kangsar, dekat sini semalam, kini keluarga kepada seorang pelajar tahfiz pula bimbang susulan remaja lelaki terbabit menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

Muhammad Muqri Qayyum Zulkifli, 15, dilapor menghilangkan diri dari sebuah pusat tahfiz di Parit Panjang, Kedah dan keluarganya yang berada di Kampung Sungai Kuning Rantau Panjang, Selama dekat sini, masih gagal mengesan remaja terbabit hingga hari ini.

Ibu saudaranya, Nor Idayu Kassim, 34, berkata kehilangan anak saudaranya itu disedari guru pusat tahfiz berkenaan pada jam 6.30 pagi 12 Januari lalu apabila mendapati Muhammad Muqri Qayyum tiada di asrama serta pakaian dan barangannya juga tiada.

“Pengurusan pusat tahfiz berkenaan cuba mencarinya di kawasan berhampiran namun gagal dan kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada keesokan hari.

“Anak saudara saya itu sudah dua tahun belajar di pusat tahfiz berkenaan dan selama ini tidak pernah mengadu kepada keluarga dia dibuli atau tidak selesa tinggal di pusat berkenaan.

“Kini kami sekeluarga risau dengan keselamatannya yang sudah seminggu tiada khabar berita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ibu bapa Muhammad Muqri Qayyum juga cuba mencarinya di sekitar kawasan Baling dan Sungai Petani, Kedah dan berdasarkan maklumat masyarakat setempat ada melihatnya yang bersolat di beberapa masjid di kawasan terbabit.

“Dia tiada telefon bimbit dan kami masih berusaha mencarinya serta mengharap bantuan orang ramai yang melihat atau mengetahui di mana dia berada agar dapat menghubungi ahli keluarga atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran,” katanya.

Nor Idayu berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 019-4795436.

Sumber : BHarian Online

Komen Anda?