Selangor Tumbang Di Tempat Lawan

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan Selangor FC, 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu melunaskan ‘dendam’ kekalahan 1-4 di tangan skuad Gergasi Merah pada aksi pusingan pertama, April lalu.

Selangor terlebih dahulu melancarkan serangan seawal minit kedua menerusi percubaan Brendan Gan, namun percubaannya tersasar.

KDA FC membalas serangan melalui percubaan kapten Sang Kenari Syazwan Zainon pada minit ke-18, namun percubaannya ditampan pertahanan Selangor FC.

Kedah akhirnya membuka akaun jaringan menerusi penyerang utama, Ronald Ngah pada minit ke-22 hasil bola sepakan percuma Mahmoud Al-Mardi.

Gawang Selangor bocor kali kedua pada minit ke-30 menerusi tandukan pemain pertahanan, Marc Vales berpunca daripada sepakan percuma diambil Syazwan dan dihantar kepada Ronald Ngah.

Belum sempat KDA FC menarik nafas lega, Selangor bangkit merapatkan jurang pada minit ke-33 menerusi penyerang import, Herlison Caion dan kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel rehat.

Bermula babak kedua, tuan rumah terus mengasak manakala Selangor turut memburu gol penyamaan menerusi percubaan Mukhairi Ajmal pada minit ke-53 dan ke-59.

Sumber : HM

Akhirnya, KDA FC membolosi gawang Selangor buat kali ketiga menerusi jaringan pemain gantian, Fayadh Zulkifli pada minit ke-95.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS18

Photo MFL
Komen Anda?