Selangor Benam Pahang, Harap JDT Menang Menentang Melaka United

Pahang ada Baki 5 lagi perlawanan lagi dengan mata 30, Jikalau 5 Perlawanan menang mata penuh 45. Jdt sekarang 43, Jikalau menang perlawanan menentang Melaka FA esok jadi 46. Ini bermakna tiada lagi pasukan yg dapat mengejar. Kalau kalah kita kaji lain pulak.. hehe. Jadi dah boleh main bunga Api… (Kalau Salah Sila Betulkan)

Tamat perlawanan. Pahang tewas di Shah Alam setelah menurunkan sebahagian besar pemain simpanan sebagai persiapan menghadapi Perak di Piala FA.

KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS18 LIGA SUPER 2019

Selangor benam Pahang

SELANGOR mengukuhkan kedudukan untuk memintas Kedah di tangga ketiga Liga Super dengan menundukkan Pahang 5-2 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Walaupun pengendali Pahang Dollah Salleh menurunkan ‘skuad kedua’ pada perlawanan terbabit namun harus diberikan pujian kepada pemain muda apabila mampu memberi tentangan sengit kepada tuan rumah hingga menghasilkan dua gol pada separuh masa kedua.

Pasukan gergasi merah kuning terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit 30.

Tuan rumah menambah gol kedua menerusi penyerang importnya Ifedayo Da Silva Mendonca selang enam minit kemudian sebelum pemain terbabit sekali lagi menyumbat gol ketiga Selangor dua minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Babak kedua menyaksikan kealpaan benteng pertahanan skuad Tok Gajah terus dihukum untuk gol keempat tuan rumah menerusi Endrick Dos Santos pada minit 46.

Dollah yang melihat anak buahnya mula hilang tumpuan membuat tiga pertukaran pemain sekali gus berjaya menyumbat dua gol untuk Pahang menerusi R Kogileswaran dan Mohamadou Sumareh untuk kedudukan 4-2.

Ifedayo terus meletakkan namanya sebagai penjaring hatrik apabila meledak gol kelima tuan rumah ketika perlawanan berbaki lima minit.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor berada di kedudukan ketiga liga mengekori rapat Pahang dengan perbezaan dua mata.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?