Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Permaisuri Johor

“Daulat Tuanku”

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2019 bersamaan 13 Zulhijjah 1440H.

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM PERMAISURI JOHOR

KELUARGA DIRAJA JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (13 Ogos).

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda serta menantu Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Turut dihadiri hampir 300 jemaah termasuk anak-anak yatim pada majlis yang dipimpin Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.

DYMM Permaisuri Johor turut berkenan memotong pulut kuning yang dipersembahkan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Dr Noor Azizah Abdul Latiff sebelum majlis santapan.