Selamat Datang Ke Johor Darul Ta’zim Oscar Arribas!

Juara empat trofi musim lepas, JDT semakin bersemangat melakar pencapaian lebih gemilang dalam Liga Super musim 2023. Selepas berjaya membawa masuk Diogo Luis Santo dan Endrick Dos Santos, JDT membawa masuk pemain berdarah Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas.

Perkara ini dikongsikan oleh laman media Johor Southern Tigers menerusi video klip pendek kehadirannya di Stadium Sultan Ibrahim untuk meneruskan karier bersama JDT musim hadapan.

Arribas dijangka mengisi kuota pemain import ASEAN JDT. Mampu beraksi sebagai pemain sayap atau pemain tengah menyerang, kehadirannya dijangka menambah sengat serangan JDT di dua posisi berkenaan.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.