Selamat Datang Hector Bidoglio!!

Akhirnya terjawab sudah Siapa pengganti Benjamin Mora bagi membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan membuat persiapan menentang kelab dari Jepun, Urawa Red Diamond pada aksi pusingan 16 pasukan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pertengahan bulan depan.

Pengumuman sebagai ketua jurulatih baru bagi mengantikan Benjamin Mora disahkan menerusi laman media sosial Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang berkuat kuasa serta merta.

SELAMAT DATANG HECTOR BIDOGLIO!

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dengan sukacitanya mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta merta.

Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Selamat Datang dan selamat maju jaya Hector!

Petikan Dari Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?