Selamat Berjuang Kuala Lumpur City FC & Kedah Darul Aman FC

Selamat berjuang Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC! ๐Ÿ’ช

Dua wakil Liga Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ di pentas Piala AFC akan memulakan kempen peringkat kumpulan pada Jumaat ini!

KDA akan berpusat di Bali, Indonesia, manakala perlawanan KLC akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Semoga berjaya!

KL City dapat khidmat Jordan Mintah daripada Terengganu

KUALA Lumpur City FC akan mendapatkan khidmat penyerang Ghana, Jordan Mintah, secara pinjaman daripada Terengganu FC.

Ia dilihat sebagai penawar bagi ketumpulan jentera serangan pasukan Warga Kota itu selepas dua penyerang utama, Dominique da Sylva dan Kyrian Nwabueze, mengalami kecederaan jangka panjang.

Photo by MFL

Ketiadaan dua pemain itu menyaksikan ketua jurulatih, Bojan Hodak, terpaksa mempertaruhkan Romel Morales di bahagian serangan biarpun pemain itu lebih selesa beraksi di bahagian tengah.

Dengan kehadiran Mintah, ia diharapkan akan melengkapkan skuad KL City, biarpun tidak dapat beraksi dalam perlawanan pertama Piala AFC menentang kelab Indonesia, PSM Makassar, pada Jumaat ini.

Mintah akan memulakan latihan pertama di Kuala Lumpur pada Selasa ini. Sumber : AstroAwani

Kedah tampil skuad terkuat di Piala AFC

Kedah Darul Aman FC kini memiliki skuad terbaiknya selepas mengumumkan seorang lagi pemain import, Mahmoud Al-Mardi semalam bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Piala AFC di Bali Indonesia bermula 24 Jun ini.

Dengan kemasukan Mahmoud bersama pasukan, KDA FC kini melengkapkan jumlah lima pemain import musim ini yang turut disertai Dechi Marcell, Marc Vales, Sanrawat Dechmitr dan Ronald Ngah Wanja.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Teknikal dan Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin, mereka akan hadir ke Bali selama 13 hari bagi memburu satu slot ke peringkat kalah mati Zon Asean dan mensasarkan untuk melepasi peringkat Kumpulan G yang turut dihuni Bali United FC (Indonesia), Kaya FC (Filipina) dan Visakha FC dari Kemboja.

“Kami sasarkan Kedah dapat melepasi peringkat kumpulan. Walaupun tidak mudah tetapi saya lihat pasukan cukup bersemangat untuk menghadapi saingan antarabangsa ini.

Photo by MFL

“Pemain melalui program yang diatur khas sepanjang cuti sebulan ini dengan susunan modul latihan pula merangkumi padang, gimnasium serta sesi pemulihan dan dengan segala perancangan diatur rapi ini kita boleh lihat senarai pemain terbaik yang akan dipilih beraksi pada kejohanan di Bali nanti.

“Walaupun berhadapan tekanan lebih tinggi kerana beraksi di tempat lawan, saya yakin kita mampu beri aksi terbaik kerana adakalanya jika kita beraksi di tempat sendiri pun kita juga tetap menghadapi tekanan,” katanya.

Mengenai sambutan penyokong yang akan ke Bali, KDA FC sangat menghargai semangat setia penyokong yang sanggup memberi sokongan di mana sahaja Kedah beraksi. 

“Mereka juga adalah penyokong setia yang sering berada bersama pasukan dalam memberi sokongan padu setiap kali beraksi dalam dan luar negara seperti di Korea Selatan pada dua tahun lalu.

“Insya-Allah pasukan tidak akan menghampakan perjuangan serta sokongan kesetiaan yang mereka tunjukkan bersama pasukan,” katanya. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?