fbpx

Selain Safawi, Tiga Lagi Pemain Turut Bernilai Cecah RM1.3 Juta

Nilai luar biasa!

PEMENANG dua kali Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), Safawi Rasid dijulang sebagai pemain termahal dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan nilai pasaran dianggarkan mencecah 300,000 Euro (RM1.3 juta).

Bagaimanapun, nilai ‘saham’ pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut dikongsi bersama tiga tonggak lain yang disenaraikan oleh laman web terkenal www.transfermarkt.co.uk.

Berdasarkan prestasi sepanjang musim lalu, Safawi sememangnya layak memegang status tonggak termahal apabila membantu skuad Harimau Selatan meraih dua kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia.

Beberapa jaringan penting sepanjang musim termasuk sepakan percuma menarik ketika final Piala Malaysia bertemu Kedah menyaksikan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul antara peledak berbahaya JDT.

Aksi cemerlangnya diteruskan di peringkat antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya terutama ketika membenam Indonesia 2-0 di Bukit Jalil yang menyaksikan dia meledak kedua-dua gol itu.

Sementara itu, nilai RM1.3 juta turut diberikan kepada bekas ketua pasukan skuad Harimau Malaya dan JDT, Safiq Rahim diikuti pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dan tonggak pertahanan Perak, Shahrul Saad.

Begitupun, tanda harga sebenar Safiq mengalami sedikit kejatuhan berbanding musim lalu pada harga 360,000 Euro (RM1.9 juta) yang berkemungkinan susulan kesan faktor usia selain tidak lagi dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan.

Apa yang menarik, nilai tinggi Shahrul meletakkan dirinya sebagai pertahanan paling mahal dalam kalangan pemain tempatan di saingan Liga Super.

Dalam senarai sama, Natxo Insa yang beraksi untuk JDT mengungguli carta pemain berdarah campuran paling mahal dengan nilai 400,000 Euro (RM1.7 juta) disusuli pemain Selangor, Brendan Gan 350,000 Euro (RM1.5 juta) dan seorang lagi pertahanan JDT, La’Vere Corbin-Ong 325,000 Euro (RM1.4 juta).

Kedudukan itu jauh meninggalkan tonggak naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pada nilai 275,000 Euro (RM1.2 juta).

Sumber : Harian Metro
Pre Season:

⚽️ | Riga FC Vs JDT
📆 | 20:1:2020 (Isnin)
⏰ | 6:00 PM (Local Time)
🏟 | Sevens Stadium, Dubai

Komen Anda?
Related Post
Tahniah Safawi Rasid Terpilih Sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM-Asiana.my Julai 2019

SAFAWI RASID TERPILIH SEBAGAI PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM-ASIANA EDISI JULAI 2019 Tahniah diucapkan Read more

Jom Undi!!!, Sapawi Rasid Dicalonkan Untuk Anugerah Pemain Terbaik Liga Super

SAFAWI RASID DICALONKAN UNTUK ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER PFAM-ASIANA.MY BULAN JULAI 2019 Safawi Rasid Read more

Sapawi Rasid Dicalonkan Untuk Anugerah Pemain Terbaik Liga Super

SAFAWI RASID DICALONKAN UNTUK ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER PFAM-ASIANA.MY BULAN JUN 2019 Safawi Rasid Read more

Dua Bintang Muda JDT, Disebut-Sebut Sebagai Pemain Yang Berpeluang Ke Saingan Liga Jepun (Liga J)

Safawi Rasid, yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai Malaysia tahun lepas,  'Berguru' di Jepun DUA Read more