Sekolah Warna-Warni Bangkit Suasana Ceria

Sekolah merupakan tempat kita menuntut pelajaran untuk lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berguna. Lantaran itu, persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempunyai pengaruh terhadap pelajar menelaah pelajaran dan menuntut ilmu.

Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Segamat JOHOR menampilkan imej lebih ceria dengan menonjolkan bangunan berwarna-warni yang dicat baharu sempena persekolahan 2022.

Hasil perkongsian dari Guru Besar SK Melayu Raya Tuan Ali Adon di laman facebook, Menurutnya, YDP PIBG telah menyumbang tenaga beliau sendiri untuk datang ke sekolah serta mengecat 2 unit bangunan sekolah yang mana hasilnya dikongsi bersama.

Aktiviti mengecat ini dilakukan ketika pertengahan tahun lepas yang lalu dan turut berbangga apabila mendapat kerjasama daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.

YDP PIBG sekolah itu, Ngatiman Seeron, berkata, Saya bangga dengan sekolah yang inginkan kemajuan, kejayaan dan kecemerlangan kerana itu saya sanggup tolong datang mengecat demi anak-anak murid sekolah kita walaupun tiada upah. “Biar sekolah nampak cantik dan ceria. Semestinya murid-murid suka. Tegasnya.

Menurut Guru besarnya, itulah kata-kata yang kedengaran di cuping telinga saya, tersentap di hati, berasa bangga ada insan-insan yang hebat dan sanggup mencurahkan tenaga, Ia semestinya menguatkan lagi kami semua umtuk bersama berganding bahu, Bagi mencapai misi dan visi menghasilkan sekolah rendah berkualiti dan kemenjadian murid.

Terima kasih kepada semua penyumbang dana program 3K umtuk SK Kami.

Kecerian ini membangkitkan semangat dan minat untuk belajar selain menyediakan suasana pembelajaran lebih kondusif dan menarik.

“Usaha seperti ini selain mencantikkan kawasan sekolah juga merapatkan siratulrahim antara PIBG dan guru yang memang sudah terjalin erat sebelum ini,”

Kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dengan barisan guru di situ menyaksikan program mencantikkan bangunan sekolah berkenaan menjadi nyata.

Tahniah kepada Guru Besar, Guru-guru dan Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG diatas inisiatif ini

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Komen Anda?