Sekitar Johor Bahru Pula Banjir Susulan Hujan Lebat Sejak Pagi

Kempas, Pulai sudah mula banjir

SELEPAS Batu Pahat mengalami ribut semalam, kini beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru pula banjir susulan hujan lebat sejak pagi hari ini.

Antara kawasan terjejas termasuk Kempas Baru di Kempas; Kampung Pulai dan Ulu Pulai yang dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, sepasukan anggota diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Suraini Adnan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.19 tengah hari.

“Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai dinaiki air 1.5 meter dan dijangka terus meningkat kerana air pasang.

“Manakala operasi pemindahan mangsa dijalankan dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang kampung,” katanya.

Terdahulu, warganet berkongsi pelbagai gambar banjir di sekitar bandar raya itu termasuk menunjukkan mereka dipindahkan pasukan keselamatan.

Sumber : Harian Metro

TERKINI: Kejadian banjir kilat di Taman Nusantara Prima, Johor Bahru pada petang ini. Orang ramai diminta berhati-hati dengan kenaikan paras air.

BANJIR JOHOR | 48 penduduk di daerah Pontian dan Muar, Johor dipindahkan ke Pusat Pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 2.5 meter akibat hujan yang berterusan sejak semalam.

Pontian, Johor, 22 Okt – Dua pusat pemindahan sementara, PPS dibuka di Daerah Pontian, enam petang semalam selepas dua kampungnya, iaitu Kampung Parit Basilam dan Kampung Maju Jaya, banjir.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon dalam kenyataannya berkata, 42 orang daripada sembilan keluarga telah dipindahkan ke dua PPS berkenaan.

Sumber/Video : Nur Aqeela Arbaen & Mokhzani Hazly

 56 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?