fbpx

Sekilas Pandang AR Photobooths Di Stadium Sultan Ibrahim

Terdahulu, Laman media Rasmi iaitu JOHOR Southern Tigers telah melakukan pengumuman stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim bakal dilengkapi dengan photo booth interaktif.

Dikuasakan dengan teknologi Augmented Reality atau AR. Photo booth JDT ini akan menjadi yang pertama di mana-mana stadium bola sepak yang terletak di Asia Tenggara.

Kini, Menerusi Page JOHOR Southern Tigers Sebentar tadi Anda boleh lihat sekilas pandang apa yang dimaksudkan AR Photo booth

Menerusi teknologi ini, penyokong JDT boleh bergambar bersama-sama dengan lima pemain pilihan mereka dalam bentuk digital.

Hasil daripada itu, gambar yang dicetak akan menyaksikan penyokong tersebut seolah-olah mereka bergambar dengan pemain sebenar!

A glimpse of the AR Photobooths at Sultan Ibrahim Stadium šŸ”“šŸ”µ#JDT#SultanIbrahimStadium #LegacyLit

Posted by JOHOR Southern Tigers on Selasa, 18 Februari 2020

Ciri baharu ini pastinya amat dialukan oleh penyokong JDT kerana pastinya ia dapat menjadikan hubungan antara pemain dan penyokong lebih dekat walaupun menerusi pendekatan digital.

Boleh dikatakan sangat2 teruja dengan kecanggihan yang ada. Bahang Kemeriahan kian terasa di majlis perasmian nanti. Terima Kasih kepada Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diatas segala kejutan yang berterusan. Itulah JOHOR Darul Taā€™zim

#LuaskanKuasamuJohor

Hidup Johor Demi Johor

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempelawa semua penyokong untuk mendapatkan pas masuk istimewa percuma Zon A and Zon B ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Februari 2020.

Para penyokong boleh mendapatkan pas istimewa ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dari 19-21 Februari 2020 dari 9am hingga 5pm.

Jumlah Pas Masuk Istimewa Percuma adalah terhad dan berdasarkan konsep ā€˜first-come first-servedā€™. Setiap individu hanya dibenarkan mengambil dua pas istimewa. Luaskan Kuasamu Johor.

Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim akan berlangsung pada hari Sabtu, 22 Februari 2020. Luaskan Kuasamu Johor.

Credit : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?