fbpx

Seekor Tapir Malaya Betina Ditemui M4ti Di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing

Bangkai Tapir Malaya ditemui di tepi jalan

JOHOR BAHRU: Seekor Tapir Malaya betina ditemui mati di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing, awal pagi tadi, dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata bangkai haiwan berusia antara lima hingga enam tahun dan seberat 200 kilogram itu ditemui orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak PERHILITAN.

“Ada kecederaan dan kesan luka akibat seretan atau dilanggar oleh kenderaan di bahagian badan. Namun, kenderaan yang disyaki melanggar tapir itu tiada di lokasi kejadian ketika siasatan dijalankan.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian juga mendapati tiada kesan terbabas kenderaan, justeru haiwan itu dipercayai dilanggar kenderaan berat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Salman berkata, berdasarkan kesan laluan di kawasan semak samun berdekatan, pihaknya percaya tapir terbabit datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Sedeli dan cuba melintas jalan raya berkenaan untuk menuju ke arah Ladang RISDA Ulu Sedeli yang terletak berhampiran sebelum dilanggar.

Katanya, setakat jam 3.30 petang tadi, beliau dimaklumkan bahawa polis tiada menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Namun, pihak PERHILITAN sudah mengambil dan merekodkan data morfologi asas serta melupuskan bangkai haiwan itu dengan menanamnya berhampiran lokasi kejadian.

Tapir Malaya (Tapirus indicus) adalah spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 176) dan dikategorikan sebagai terancam bawah Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Seekor tapir betina ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat dalam kejadian di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing – Pengarah Jabatan Perhilitan Johor

Komen Anda?
Related Post
Banyak Betul Haiwan Sesat Baru-Baru Nie, Memang Musim Eh

Hari Ni, 23 Julai 2019, Terima Kes Tapir Tersesat memasuki kawasan Tmn Lavender Heights, Jln Read more

Tapir Berkeliaran Waktu Sahur Di Ulu Duyong Jasin Cari Makanan

Tapir cari makan TAPIR yang dirakam memasuki pekarangan sebuah rumah di Ulu Duyong di Melaka, Read more

Rumah Baru Harimau Selatan

Melihat semula gambar ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Majlis Read more

Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more