Sedikit Pesanan Untuk Yang Baru Mula Hiking

Sedikit Pesanan Untuk Yang Baru Mula Hiking

– Etiks

HACAM Adv/2019/0001

Untuk memenohi permintaan awek2 yang demand gambar yang sado dan single pula, terpaksalah saya buat karangan lagi. Actually topik ni selalunya tak popular sebab kita buat ni bukan directly untuk kita punya benefit, so orang yang self centered selalunya ignore. Saya cuba

1) Sampah – Apa yang bawa masuk, bawa keluar semua terutama yang bukan biodegradable. Yang biodegradable pun kena dispose properly kalau tak nak bawa keluar, korek lubang dan tanam kalau tak nak bawa keluar. Ini nak mengelak binatang suka datang tempat tu. Yang terbaik ialah rancang betol2 supaya kita bawa cukup2 jer untuk keperluan dan tiada wastage.

2) Rokok – Isap rokok jauh dari tempat orang berkumpul dan puntung rokok tu tak biodegradable so bawa balik

3) Najis – Pun sama, korek lubang dan kambus. Jangan berak atas trek dan dalam sungai. Mungkin ada kawan tengah tadah air kat hilir. Kalau tak ada pun ia akan tinggikan biological oxygen demand, salah satu pencemaran air.

4) Sabun dan syampoo. Tak bersabun dan syampoo sehari tak mati. Tapi kalau mungkin mati, bawa air dan sabun syampoo dan bilas 10 meter dari sungai bukan directly dalam sungai.

5) Kalau trek kecik dan bertembung dengan hiker lain opposite way, bagi chance kepada yang menuju puncak kalau tempat2 day pack. Yang tengah naik tu jauh lagi nak kena berjalan untuk sampai puncak dan keluar dan perlu lebih masa. Lagi pun dorang tengah ada rythm, dan mereka lebih memerlukan rythm tak dikacau. Tapi kalau nak carik excuse untuk berenti, boleh jer pelawa orang turun jalan dulu. Kalau trek hardcore tak ada masaalah sebab masing2 tak tengok muka orang lain dah 4 hari so kalau bertembung dengan team lain, dah tentu berenti sembang sat.

6) Kalau selisih kat lereng sempit, yg berenti kena melekap kat tebing. Biar yang bergerak tu belah gaung dan ready sambar dia kalau dia nak terterjun gaung.

7) Kalau ada orang kat belakang yang lebih laju, bagi lah dorang potong. Kadang dorang nak training dan perlu laju. Orang laju pun jangan langgar jer orang depan. Minta lalu. Dan bertegur sapa lah

8) Elakkan pasang lagu kuat2 on trek. Mungkin orang depan anda tak suka lagu dangdut anda tu dan kita ke alam semula jadi nak kan full experience kalau boleh dan itu maknanya kalau nampak haiwan liar kan best. Kalau bising, tak ada chance la.

9) Semua info yang disampaikan hendaklah sebetol dan setepat yang boleh. Tak ada tipu sunat kononnya untuk beri semangat. Treat everyone as adult, bukan budak tadika.

10) Kalau orang tak tanya, jangan offer untuk beritahu “tak jauh dah, setengah jam lagi ke puncak” sebab makcik yg awak beritahu tu panjat untuk kali ke 378 dah dan dia ambil masa 15 minit jer.

Bnayak lagi sebenarnya… orang lain sambung lah

Gambar hanya hiasan. YESSS girls..yg ni belum kawin dan sepanjang yang saya tahu belum ada awek yg nak kat dia

— with Amin Arsan Hrp.

Facebook Comments