fbpx

Sedihnya, Ayahku Offer Bantu Tapi Di Tolak Dengan Cara Baik

Sesiapa yang nampak diorang ni dekat highway lpt, please give them some help ,terjumpa diorang tadi dekat rnr maran dan kebetulan berkongsi satu pondok, lepastu ayah aku tanya “nak pergi mana?”

pak cik ni bagitau yang dia dari IJN nak ke kuala terengganu sebab anak dia (yang baju coklat) ada penyakit buah pinggang dengan jantung berlubang, dia berhenti tu pun sebab anak dia dah nak kena sawan .budak tu baru umur 15 weh?,

kebetulan my mom ada bawak lauk lebih bolehlah bagi kat diorang berdua makan, lepas habis makan je diorang kata nak gerak, bayangkan lah dari maran tu nak ke kuala terengganu dekat 300km sia, dengan condition anak dia macam tu sumpah sedih

ayah aku offer nak hantar anak dia sampai kuala terengganu alang alang kitorang memang menuju ke sana, tapi dia tak nak, sebab dia takde sedara mara kat sana and tak nak menyusahkan. ayah aku ada tanya jugak kenapa tak naik bas, dia kata duit dia tak cukup

around 15 minutes lepas diorang gerak, kitorang pun gerak dari rnr untuk terengganu, masa dalam perjalanan tu kitorang terjumpa balik diorang ni kat atas highway, anak dia macam letih je letak kepala dia atas meter motor tu

ayah aku dah tak sampai hati, dia tahan motor tu kat tepi, lepastu offer lagi untuk hantarkan budak tu sampai kuala teregganu tapi pak cik tu cakap “takpe pelan pelan inshallah sampai”. ayah aku cuma kasi dia duit je, harap harap cukuplah untuk dia sampai dekat destinasi dia ??

Sudah pelawa, pak cik itu tolak…

“SEHINGGA kini, saya masih teringatkan nasib mereka berdua dan berasa sedih kerana tidak dapat membantu,” kata Muhamad Firdaus Mohd Pauzi, 19.

Muhamad Firdaus yang juga penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Port Dickson memberi reaksi mengenai pengalamannya bertemu dengan dua beranak iaitu bapa dan anak perempuannya dalam keadaan menyedihkan.

Bercerita lanjut, Muhamad Firdaus berkata, dia bertemu dengan dua beranak itu ketika berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Menurutnya, dia bersama keluarga iaitu ayah, ibu, kakak dan adiknya berhenti di situ untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya dan keluarga bertemu dengan dua beranak itu kira-kira 3 petang semalam dan secara kebetulan kerana mereka berehat di pondok yang sama.

“Kami kemudiannya menawarkan makanan yang dibawa kepada mereka dan selepas makan, ayah bertanya lebih lanjut kerana simpati melihat tangan kiri pak cik itu yang berbalut.

“Ketika itu, barulah dia (pak cik) menceritakan yang anak perempuannya sakit jantung berlubang serta buah pinggang dan mereka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Institut Jantung Negara (IJN) dengan motosikal.

“Memandangkan kami menuju ke destinasi yang sama, ayah pelawa mereka naik kereta bersama tetapi pak cik itu menolak pelawaan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhamad Firdaus berkata, selepas 10 minit meneruskan perjalanan, dia sekeluarga sekali lagi terserempak dengan dua beranak itu di LPT.

Pada waktu itu, dia melihat remaja perempuan berkenaan dalam keadaan lesu mungkin kerana keletihan disebabkan perjalanan yang panjang.

“Keadaan itu membuatkan kami tidak sampai hati dan ayah cuba menahan motosikal mereka untuk mempelawa naik kereta bersama tetapi sekali lagi ditolak.

“Akhirnya, ayah menghulurkan duit walaupun berasa ralat kerana tidak dapat membantu mereka,” katanya.

Menurut Muhamad Firdaus, dia tidak sangka perkongsian pengalamannya mendapat perhatian warganet tetapi gembira jika ia dapat membuka mata masyarakat.

“Saya pernah kehilangan abang sulung yang meninggal dunia akibat barah darah jadi faham dengan apa ditanggung mereka. Diharapkan perjalanan mereka ketika itu dipermudahkan,” katanya

Perkongsian itu dimuat naik Muhamad Firdaus di Twitter petang semalam dan bukan hanya mengundang sebak dalam kalangan warganet tetapi turut mencuri perhatian pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa.

Menerusi ciapan balas, Neelofa berdoa perjalanan dua beranak itu dipermudahkan dan meminta warganet berkongsi maklumat lanjut.

Pelakon berkenaan turut mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberi bantuan bagi memudahkan urusan dua beranak itu.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?
Related Post
Sesekali Dapat Naik Motor Bersama Memang Bahagia

Suami Isteri Yang Naik Motor Bersama, Hidup Mereka Lebih Bahagia Bukan nak kata yang naik Read more

Terbaik!!! Motosikal Redah Banjir Selamba Je….

Sekali pandang ia seperti motosikal lasak jenis scrambler. Setelah diteliti, ia hanyalah sebuah motorsikal kapchai Read more

Haziq Juara CP150, Afif Kekal Pendahulu

Perlumbaan akhir Pusingan Ke-8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Tangkak, Johor, berlangsung Ahad Read more

Al-Fatihah Dan Takziah Buat Pasangan Suami Isteri M4ut Motosikal Bertembung Kereta

Innalillahiwainnaillahirojiun … إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, Read more