fbpx

Section 306 hingga 311 Khas Untuk Penyokong Ultras Malaya – FAM

MALAYSIA ?? lwn ?? UAE

Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 malam

* Tiket boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my sehingga 11.59 malam Isnin (9 September 2019) atau di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan bermula 2.00 petang

Section 306 hingga 311 Khas Untuk Penyokong Ultras Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan TicketHotline telah menetapkan kawasan tempat duduk tiket terbuka di Gate B iaitu Section 306, 307, 308, 309, 310 dan 311 adalah dikhaskan untuk dibeli oleh kumpulan penyokong Ultras Malaya bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.

Untuk itu, penyokong-penyokong lain terutama yang datang bersama wanita atau kanak-kanak diharap tidak tersalah pilih ‘Seat Section’ yang dinyatakan di atas ketika membuat pembelian secara online di www.tickethotline.com.my.

Bagi tiket tempat duduk terbuka, para penyokong digalakkan untuk memenuhkan kawasan Gate C terlebih dahulu dan jika kawasan berkenaan sudah penuh, mereka boleh juga memilih kawasan di Gate B, namun di ‘Seat Section’ selain daripada Section 306, 307, 308, 309, 310 dan 311 yang dikhaskan kepada Ultras Malaya itu.

Panduan ini diharap dapat mengelak permasalahan untuk pemegang tiket duduk di Section yang sepatutnya seperti yang tertera di e-tiket mereka pada hari perlawanan nanti. Kerjasama daripada semua penyokong diharap dapat melancarkan lagi pergerakan masuk anda semua ke stadium.

Harimau Malaya Kembali Fokus Berlatih

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang tadi menjelang aksi kedua Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini…

Sumber : FAM

Komen Anda?
Related Post
AFC Mungkin Ubah Jadual ACL

Koronavirus: AFC mungkin ubah jadual ACLKONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar Read more

Fazly Mazlan Dan S. Kumaahran Ke Pahang

Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan menyertai Pahang secara pinjaman bagi menghadapi saingan musim 2020. Read more

Safawi Sehebat Mbappe, Sebaris Pemain Ternama Dunia

Safawi sebaris Mbappe Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara Read more

Ledakkan Gonzalo Cabrera Bantu Skuad JDT Raih Kemenangan Menentang MSK Zilina (SVK)

INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 29 JANUARY 2020 MSK Zilina (SVK) [1-2] JDT (Vahan Bichakhchyan 39') Read more