Sebuah Treler Hilang Kawalan Punca Kemalangan 13 Kenderaan

Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori kontena, sebuah motorsikal dan 10 buah kereta telah terjadi di Kilometer 6.6, Jalan Batang Benar, Nilai petang tadi.

Sejurus mendapat laporan mengenai kejadian itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan telah menghantar 12 anggota mereka berserta dua jentera ke lokasi kejadian.

Hilang kawalan punca treler rempuh 12 kenderaan

Treler tersebut termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh 12 kenderaan lain.

NILAI – Kemalangan membabitkan berbelas kenderaan di Jalan Batang Benar dekat sini petang tadi dipercayai berpunca daripada sebuah treler membawa muatan air mineral hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, treler dipandu lelaki berusia 40 tahun tersebut dalam perjalanan dari arah Pajam ke Nilai termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh 12 kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, ujian saringan air kencing akan dilakukan ke atas pemandu treler itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang dirempuh treler itu sebuah kereta Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua Myvi, Honda City, Toyota Alphard, Proton Exora, Nissan Almera, sebuah lori Nissan, sebuah motosikal Modenas dan dua buah kereta Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor tersebut mengalami kecederaan pada tangan kanan.

Menurut beliau, pemandu Perodua Kancil, Muhammad Faeez Baharuddin, 24, patah kaki kanan, manakala pemandu Proton Exora dan pemandu lori Nissan cedera ringan.

“Bentuk jalan di tempat kejadian adalah satu lorong dan dua hala garisan berkembar,” katanya. – K! ONLINE

Sumber Video: My Malaysia

Komen Anda?