fbpx

Sebuah Mini Cooper Antara 87 Kenderaan Disita JPJ Untuk Lelongan

Melaka, 22 Julai 2019::

Hari ini sidang media Pengarah JPJ Melaka telah diadakan bagi pemakluman Pelelongan Awam bil.1/2019 di tapak penyusunan kenderaan lelongan di perkarangan hadapan Blok Kejuruteraan Automotif.

Pelelongan Awam JPJ Melaka akan diadakan pada 15 Ogos 2019 (Khamis) 9.30 pagi, bertempat di ruang parkir kakitangan awam, Blok Parameswara JPJ Negeri Melaka.

Sebanyak 84 buah motokar, sebuah lori dan 2 buah van akan dilelong pada hari berkenaan.

Jualan buku lelong bermula pada 22 Julai 2019 sehingga 13 Ogos 2019.

Pemeriksaan awam kenderaan lelong pada 8 Ogos 2019 dan 9 Ogos 2019 , pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka

PROTON Saga RM450, Mini Cooper RM4,500

MELAKA: Sebuah Mini Cooper antara 87 kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri untuk lelongan umum di JPJ Bukit Katil di sini pada 15 Ogos ini.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata proses lelongan 84 kereta, dua van dan sebuah lori itu akan bermula jam 9.30 pagi.

Antara kenderaan terbabit, katanya, adalah sebuah Mini Cooper keluaran 2005 sebagai kenderaan yang tidak boleh daftar (scrap) pada harga bidaan bermula RM4,500.

“Semua kenderaan yang akan dilelong ini disita sejak 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya.

“Bagaimanapun daripada 87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabat JPJ Melaka di Bukit Katil, hari ini.

Beliau berkata, kenderaan lain dalam senarai untuk lelongan adalah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.

Katanya, harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.

“Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk PERODUA Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.

“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat perlu membeli naskhah dokumen lelongan dari kami pada harga RM100,” katanya.

Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.

Semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8 dan 9 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan dikehendaki membayar deposit RM2,000 secara tunai sewaktu pendaftaran.

“Wang terbabit akan dikembalikan sekiranya bidaan tidak berjaya, tetapi akan ditolak daripada nilai bidaan sekiranya berjaya membuat bidaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?
Related Post
Al-Fatihah Dan Salam Takziah, Enam M4ut Dalam Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan

6 maut, 1 parah ENAM maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk Read more

Mangsa Banjir Kilat Melaka Bertambah, Semoga Dipermudahkan Urusan.

Tiga remaja terpaksa menggunakan meja untuk membawa keluar sebuah motosikal yang ditenggelami air akibat banjir Read more

Tapir Berkeliaran Waktu Sahur Di Ulu Duyong Jasin Cari Makanan

Tapir cari makan TAPIR yang dirakam memasuki pekarangan sebuah rumah di Ulu Duyong di Melaka, Read more

“Inaugural flight” Malindo Air OD1350 Dari Negeri Melaka Ke Langkawi & Kota Bharu

“Inaugural flight” Malindo Air OD1350 dari Negeri Melaka, Bandar Bersejarah ke Pulau Langkawi merupakan satu Read more