Saya Amat Gembira Pemain-Pemain Seperti Gary Dan Ramadhan Dapat Beraksi Pada Malam Ini – Mora

“Misi kami adalah untuk menjuarai Piala Malaysia”

Berikut pula merupakan reaksi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora sebelum permulaan perlawanan #UiTMJDT di Stadium UiTM.

PIALA MALAYSIA 2019 | 17 SEPTEMBER 2019

UiTM FC [1-2] JDT

(Zulkiffli Zakaria 38′)

(Adam Nor Azlin 45’+1 / Fadhli Shas 59′)

JDT benam UiTM FC

SHAH ALAM: Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod bersih dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

JDT yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara Kumpulan B dikejutkan dengan jaringan pembukaan UiTM menerusi Zulkifli Zakaria pada minit ke-38.

Namun, skuad Harimau Selatan yang merehatkan beberapa tonggak utama bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama hasil jaringan Adam Nor Azlin.

Fadhli Shas kemudian mengesahkan kemenangan JDT apabila meledak gol kedua pelawat pada minit ke-59.

Selaku juara kumpulan, JDT akan berdepan naib juara Kumpulan A, Terengganu FC (TFC) di pentas suku akhir.

Sumber : Berita Harian

KEDUDUKAN PUSINGAN PM6 PIALA MALAYSIA 2019

Benjamin Mora

“Saya amat gembira pemain-pemain seperti Gary Steven dan Ramadhan dapat beraksi untuk beberapa minit pada malam ini”

Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora selepas tamat perlawanan #UiTMJDT di Stadium UiTM.

Facebook Comments