Saya Akan Menjaga Kelab Bolasepak JDT Selama-Lamanya

JDT itu TMJ, TMJ itu JDT, begitulah gambaran yang boleh diberikan bagaimana hubungan kuat keduanya kerana penjenamaan semula bola sepak Johor JDT boleh diumpama adalah ”anak kelahiran” TMJ sendiri.

Sesi TMJ bersama penyokong menunjukkan keseriusan dan sayangnya TMJ pada sukan bola sepak Johor. Pertemuan berkala secara bersemuka yang dianjurkan sudah tentu suatu peluang terbaik buat penyokong setia bertanyakan secara terus pelbagai isu berkaitan dengan pemilik JDT. Credit: Norman

‘Saya jaga JDT selama-lamanya’

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau akan ‘menjaga’ kelab itu buat selama-lamanya.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu beliau meneruskan tanggungjawab menguruskan Harimau Selatan.

Di petik dari laman Berita Harian, Tunku Ismail menjelaskan keputusan untuk meninggalkan tugas di JDT sebelum ini kerana beliau sudah letih selepas 10 tahun bekerja keras membangunkan kelab itu.

“Saya sudah 10 tahun dalam bola, jadi saya agak penat juga kerana saya banyak keluarkan duit saya sendiri. Benda ini satu hari nanti adalah untuk anak saya.

“Apabila berkenaan COVID-19 dan ekonomi yang ada sekarang, kadang-kadang penaja tarik balik tajaan, terpaksa saya yang tambah. Contoh duit bonus 100 peratus saya yang tanggung, duit penaja hanya gaji, penyelenggaraan stadium dan sebagainya.

“Jadi saya letih juga sebab saya pun manusia, 10 tahun saya ingat OK, saya nak berehat sedikit. Tapi saya menjunjung titah Tuanku di mana Baginda suruh saya jadi KSM, kerja sampai mati. Bermakna sampai bila-bila saya ada dalam kelab bola sepak JDT.

“Baginda bertitah kepada saya di mana Baginda berkata, JDT itu adalah awak, awak itu adalah JDT. Awak tak boleh tinggalkan JDT, awak yang melahirkan JDT. Macam mana atuk moyang kita melahirkan negeri Johor, macam itu juga awak dengan JDT.

“Jadi saya terpaksa jaga negeri Johor dan juga terpaksa jaga JDT ini untuk selama-lamanya,” jelas Tunku Ismail pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mengumumkan mengundur diri daripada pengurusan kelab JDT.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards ketika itu mengesahkan Tunku Ismail masih kekal selaku pemilik kelab berkenaan. Sumber : Berita Harian

TERBAIK TMJ.. TERUSKAN PERJUANGAN DEMI BOLA SEPAK NEGARA.. TMJ PEMANGKIN KEUNGGULAN BOLA SEPAK NEGARA… insya Allah..

Daulat Tuanku

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?