Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM mengesahkan untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor FC pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022.

Jaringan Sean dicadangkan untuk Anugerah Puskas

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan menghantar rakaman jaringan menarik pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk dicadangkan bagi pencalonan Anugerah Puskas.

Di petik dari laman Berita Harian, Perkembangan itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram dengan keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan badan induk itu, Khamis lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan menjelaskan keputusan menghantar jaringan Sean sebagai cadangan pencalonan untuk Anugerah Puskas 2022. 

“Jawatankuasa mengesahkan untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor FC pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sean melepaskan rembatan jarak jauh yang menarik pada minit ke-88 dan berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Samuel Somerville sekali gus membantu Negeri Sembilan meraih kemenangan 3-2.

Dalam perkembangan lain, Sivasundaram menjelaskan jawatankuasa memutuskan supaya had umur bagi pertandingan Piala Presiden diubah dari bawah 21 (B-21) tahun ke B-20 manakala Piala Belia dari B-19 ke B-18 supaya selaras dengan kitaran had umur bagi pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Beliau berkata, program akar umbi bagi tahun 2023 akan diperkasakan dengan matlamat untuk mendapatkan keahlian emas Piagam Akar Umbi AFC yang mana FAM kini memegang keahlian perak.

Justeru, katanya, Liga SupaRimau B-12, B-14 dan B-16 akan dimainkan sehingga pusingan akhir peringkat kebangsaan (liga secara kompetitif) manakala bagi kategori B-6, B-8 dan B-10 akan lebih fokus ke arah pembangunan iaitu tanpa carta kedudukan liga kerana ia akan dijalankan secara konsep festival.

“FAM akan menggunakan platform FIFA Talent Development Scheme (TDS) untuk mengenal pasti, melatih dan melantik pencari bakat dalam semua jenis pertandingan di seluruh pelosok negara.

“Pencari bakat ini bukan saja dalam kalangan jurulatih tetapi juga individu yang mempunyai kebolehan itu. TDS adalah platform yang disediakan FIFA kepada ahli gabungannya untuk membantu individu yang terbabit melakukan pencarian bakat dengan cara dan kaedah yang bersistematik,” katanya.

Selain itu, FAM juga akan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) untuk menyediakan bantuan teknikal termasuk dalam mengenal pasti calon sesuai sebagai ketua jurulatih bagi menjalankan program mereka. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?