Sasar 3 Mata Penuh Berdepan Kemboja, Skuad B-19

Hari Perlawanan 2 | Selasa, 5 Julai 2022

Kumpulan B β€’ Kejuaraan B-19 AFF 2022

⚽ KEMBOJA πŸ‡°πŸ‡­ πŸ†š πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA
πŸ•— 4.00 petang ini (Waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Madya, Senayan, Jakarta

Ketua jurulatih B19 negara, Hassan Sazali sasar 3 mata penuh berdepan Kemboja di aksi pembukaan Kej. AFF demi raih motivasi yang baik buat pasukan!

Usah pandang Kemboja sebelah mata

Pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hassan Sazali Waras mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang mudah terhadap kemampuan Kemboja menjelang aksi pertama Kumpulan B Kejuaraan Piala AFF B-19 di Stadium Gelora Bung Karno,.

Sebaliknya, Hassan berkata sikap itu boleh memakan diri dan perkara paling penting perlu dilakukan adalah memberi fokus sepenuhnya untuk mendapatkan keputusan positif.

Katanya, hasil daripada pemerhatian barisan kejurulatihan juga, skuad Kemboja yang dianggap sebagai pasukan kerdil memiliki corak permainan pantas dan berupaya meledak jaringan jika diberi ruang.

“Barisan pemain sudah bersedia untuk menentang Kemboja, cuma perkara yang sentiasa saya ingatkan buang sikap sambil lewa dan bermain lebih berhati-hati walaupun pasukan terbabit dianggap kerdil.

“Secara umumnya, kita sudah melihat kelemahan dan kekuatan Kemboja berdasarkan pertemuan menentang Singapura tempoh hari dan pemain kita perlu waspada supaya tidak terperangkap dengan corak permainan pantas mereka,” katanya.

Selepas Kemboja, skuad ‘Harimau Muda’ kemudian akan meneruskan saingan kumpulan berdepan Singapura pada 7 Julai, Timor-Leste (9 Julai) dan perlawanan terakhir menentang Laos (11 Julai). Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: