Sarawak United Raih Kemenangan, Benam Penang FC

Kemenangan Sarawak United FC dalam saingan Liga Super (LS14) bernoktah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini dengan menumbangkan Penang FC menerusi keputusan 3 – 2 sebentar tadi.

Pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-5 melalui tendangan padu pemain pertahanan, Nor Azizi Ramlee yang gagal diselamatkan penjaga gol, Khatul Anuar Jalil malam ini.

5′ GOL | Rembatan padu Nor Azizi Ramlee dari luar kotak penalti menewaskan Khatul Anuar untuk gol pendahuluan!

Penyerang Penang FC, Lucas Espindola da Silva berpeluang menjaringkan gol persamaan menerusi sepakan akrobatik menarik hasil hantaran jauh kapten pasukan, Rafael Vitor pada minit ke-17.

17′ GOL | Penang FC menyamakan kedudukan menerusi “bicycle kick” Lucas Silva!

Sarawak United bangkit mencetak gol kedua melalui Uche Agba pada minit ke-28 yang sebelum itu melarikan bola secara solo dari tengah padang dan kemudiannya melakukan sepakan deras menggunakan kaki kirinya dari sudut atas terus membolosi gawang tuan rumah.

Tidak menunggu lama tuan rumah membuat serangan balas dengan pemain tengah Gopi Rizqi melakukan hantaran silang sebelum bola disambar pantas Lucas yang kemdudiannya meledakkan gol kedua Penang FC pada minit ke-30.

28′ & 30′ GOL | Uche Agba kembali meletakkan Sarawak United di depan namun Lucas Silva menyamakan kedudukan sekali lagi.

Bersambung babak kedua kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan tercari-cari peluang menjaringkan gol ketiga untuk mengesahkan kemenangan pasukan masing-masing yang masih terikat 2-2.

Begitupun, Sarawak United mengesahkan kemenangan mereka melalui sepakan percuma yang disudahkan Gonzalo Manuael Soto pada minit ke-84.

84′ GOL | Gonzalo Soto menyudahkan bola muntah selepas percubaan Uche Agba terkena tiang gol.

Sebelum itu Penang FC mendapat beberapa peluang menjaringkan gol melalui sepakan percuma termasuk melalui Faiz Subri namun percubaan mereka mencipta kemenangan terkubur sehingga permainan tamat.

Penang FC akan berdepan Johor Darul Ta’zim pada 5 ogos ini pada saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?