Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata

90 minit terikat tanpa jaringan! Sarawak United & PJ City terpaksa akur untuk berkongsi 1 mata malam ini. di Stadium Negeri, Sarawak.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tapi kurang bernasib baik untuk mendapatkan jaringan.

Peluang terbaik hadir ketika percubaan S. Kumaahran dari luar kotak penalti sekadar menggegar palang gol Sarawak United pada minit ke-86.

Uche Agba mendapat peluang untuk meletakkan Sarawak United di depan pada minit ke-19, namun rembatannya di luar kotak penalti tidak menepati sasaran.

Enam minit sebelum tamat babak pertama, pertahanan Sarawak United, Gonzalo Soto hampir meledak jaringan sendiri, namun dia bernasib baik apabila tindakannya cuba mengeluarkan hantaran K Kannan sekadar singgah di tiang gol.

PJ City mendapat peluang terhidang untuk mencipta jaringan pembukaan pada minit ke-54, bagaimanapun R Ruventhiran pula gagal menyudahkan hantaran baik Darren Lok di depan pintu gol.

Kedua-dua pasukan turut mendapat beberapa peluang pada hujung permainan, namun gagal disudahkan dengan jaringan yang menyaksikan kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Sarawak United kekal di kedudukan ke-10 dengan mengumpul 14 mata, manakala PJ City di tangga ke-11 dengan 13 mata. Sumber : BH

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER -LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?