Sapawi Dan Akhyar Gandingan Yang Hebat, JDT Tampil Lebih Baik Dan Lebih Kuat Dalam Perlawanan Persahabatan

Setelah hampir 2 bulan Larkin sunyi daripada sorakan penyokong, malam ini Larkin kembali riuh dan dipenuhi penyokong-penyokong setia JDT. Perlawanan pemanas badan persahabatan antarabangsa 2019 JDT bertemu Home United berkesudahan 5 kosong memihak kepada JDT.

PRESEASON FRIENDLY MATCH | 11 JANUARY 2019

Full Time

JDT [5-0] HOME UNITED

(Gonzalo Cabrera 8′ / Aarón Ñíguez 13′(pen) / Hariss Harun 45′ / Hazwan Bakri 51′ / Safawi Rasid 88′)

Safawi Rashid dan Akhyar Rashid dah macam adik beradik memandangkan kebetulan nama bapa mereka sama, Yang positifnya boleh bergandingan selalu dengan Sapawi dan baik bagi keserasian untuk skuad Johor Darul Ta’zim

Dalam Instagram yang baru di post oleh mereka berdua..

Pelbagai kontroversi dibincangkan di media sosial mengenai perpindahan pemain namun apa yang penting adalah saingan yang bakal menanti peminat-peminat liga bola sepak tempatan.

1. Akhyar Rashid (JDT)

Pemain favourite Malaysia, Akhyar, 19 tahun, mendapat pujian dan sokongan ramai ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Walaupun tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, namun apabila Akhyar masuk sebagai pemain gantian, sorakan yang kuat dapat didengari di stadium.

Perpindahan Akhyar ataupun Mat Yat dari Kedah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin dipalit kontroversi namun apa yang pasti, semua tidak sabar untuk menyaksikan kelibat pemain itu bersama JDT, terutama sekali bergandingan dengan Safawi Rashid.

2. Safawi Rashid (JDT)

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mula beraksi untuk pasukan T-Team pada 2015 namun mula menyerlah selepas menyertai JDT pada 2017 dan sudah pasti empat gol dalam Sukan Asia 2018 dan dua gol dalam kelayakan Piala Asia 2019 menaikkan lagi reputasinya sebagai penyerang tempatan yang hebat.

Adakah pemain berusia 21 tahun itu bakal meneruskan kecemerlangan bersama JDT tahun ini?

JADUAL PERLAWANAN (LS1) unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2019

Muat turun jadual sepenuhnya di http://bit.ly/unifiLSM19

JUALAN JERSI JOHOR DARUL TA’ZIM 2019 TURUT DIADAKAN SERENTAK DI SETIAP DAERAH NEGERI JOHOR

Sempena pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2019 pada 12 Januari ini, jualan serentak turut diadakan di setiap daerah negeri Johor. Para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di lokasi berikut;

1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru

2. Tangkak – Dataran Ledang

3. Kluang – Dataran Tasik

4. Kulai – Southern Tiger Hub, Jalan Cengal

5. Pontian – Dataran Majlis Daerah Pontian

6. Mersing – Dataran Teko, Pantai Mersing

7. Segamat – Perkarangan U-Sentral, Segamat

8. Batu Pahat – Arena Warna, Ayer Hitam

9. Muar – Dataran Tanjung Emas

10. Kota Tinggi – SRCC Tenggara

Jangan lepaskan peluang anda dan dapatkan segera jersi pasukan kesayangan anda. Nantikan juga ‘Facebook Live Update’ Majlis Pelancaran Jersi Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang akan dipaparkan di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Para penyokong yang berada di daerah-daerah juga boleh menyaksikannya melalui siaran live streaming yang dipaparkan di lokasi terpilih. Luaskan Kuasamu Johor.

JOHOR DARUL TA’ZIM FC’S 2019 JERSEYS TO GO ON SALE SIMULTANEOUSLY IN ALL JOHOR DISTRICTS

In conjunction with the launch of new Johor Darul Ta’zim FC (JDT) jerseys for the 2019 season on January 12th, the jerseys will go for sale simultaneously in all Johor districts. JDT fans can purchase the jerseys at the following locations;

1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru

2. Tangkak – Dataran Ledang

3. Kluang – Dataran Tasik

4. Kulai – Southern Tiger Hub, Jalan Cengal

5. Pontian – Dataran Majlis Daerah Pontian

6. Mersing – Dataran Teko, Pantai Mersing

7. Segamat – Perkarangan U-Sentral, Segamat

8. Batu Pahat – Arena Warna, Ayer Hitam

9. Muar – Dataran Tanjung Emas

10. Kota Tinggi – SRCC Tenggara

Don’t miss your opportunity to get the jerseys of your beloved team. Don’t forget to keep an eye on a Facebook Live Update of the launch of the new Johor Darul Ta’zim FC jerseys that will be shared on the official JOHOR Southern Tigers page.

Fans in other districts can also watch the live stream at selected locations. Luaskan Kuasamu Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Facebook Comments