Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak

Sanusi Md Nor sekali lagi mencetuskan suasana ‘panas’

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencetuskan suasana ‘panas’ arena bola sepak tempatan dalam satu kenyataan di media sosial menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam kenyataan itu, namun ramai yang beranggapan beliau dipercayai merujuk kepada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Paling mencuri perhatian pelayar media sosial adalah mengenai pertanyaan Muhammad Sanusi di hujung kenyataan itu.

“Satu lagi nak tanya… pendrive lama tu hang pi taroh tang mana?,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji ketawa.

Ia berkemungkinan berkaitan isu pada tahun 2016 yang mana ketika itu Tunku Ismail mendakwa ada ketirisan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beliau menyatakan segala bukti ada dalam pendrive.

Menerusi kenyataan sama, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu menjawab mengenai keputusan skuad Kenari yang terpaksa melepaskan dua pemain senior mereka ke pasukan Sabah musim ini.

Penjelasan itu juga dipercayai susulan kenyataan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi InstaStory miliknya sebelum ini yang mempersoal sumbangan seseorang individu dalam pasukan Kedah hingga dua legenda mereka angkat kaki meninggalkan pasukan itu. Sumber : Berita Harian

Cerita Semua, Keluarkan Bukti Dan Fakta – TMJ

KDA FC nie FC ke FA!!!!

#Daulat Tuanku #LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?